Ku Akad Kau Dengan Bismillah Full Episode

Sinopsis Ku Akad Kau Dengan Bismillah

Hannah adalah seorang usahawan kedai hiasan. Dia telah mendapat kejutan yang tidak diingini. Apabila membuka matanya daripada tidur pada suatu hari, Hannah telah mendapati dirinya terbaring di atas katil di rumah sepupunya, Maira, di sebelah seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Insiden tersebut telah mengubah hidup Hannah. Malah, gadis tersebut juga telah disisih keluarganya. Hannah mengambil keputusan untuk melarikan diri jauh dari semua orang. Namun, takdir telah menetapkan kemunculan lelaki asing itu setelah beberapa tahun kemudian. Luth Mikail, seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat pembinaan, hadir kembali dan menuntut kemaafan serta sebuah perhubungan bersama Hannah. Terdapat 1001 kemungkinan bagaimana seseorang akan bertindak balas apabila berdepan dengan kejadian sebegini. Reaksi Hannah apabila episod gelap dalam hidupnya kembali menghantuinya memperlihatkan suatu perspektif yang bermakna.

Pelakon Ku Akad Kau Dengan Bismillah

Sophia AlBarakbah, Ayu Ayuni, Zaki Azeman, Jasmine Suraya, Aliff Aziz, Zack Zabhas, Hilal Azman, Jasper Supayah, Shah Iskandar

Info Ku Akad Kau Dengan Bismillah

Jumlah Episod: 13
Siaran: Slot Lestary TV3

Popular

Nur 2 Full Episode

Teduhan Kasih Full Episode

Mr London Ms Langkawi Full Episode

Cik Reen Encik Ngok Ngek Full Episode