Posts

Sumpahan Malam Raya (2023) Full Movie

Image
Sinopsis Sumpahan Malam Raya Mengisahkan Syawal dan Tania yang melarikan diri ke Pulau Carey daripada diburu bapa Malik, seorang Taiko Besar Kuala Lumpur. Syawal telah menipu adik ayah Malik iaitu Amir untuk mendapatkan wang dan ayah Malik/Amir telah ditipu kerana ubat kuat batin yang tidak menjadi. Semuanya bermula apabila Syawal mendapati arwah bapanya meninggalkan banglo pusaka di Pulau Carey. Syawal dan Tania melarikan diri secara rahsia ke Pulau Carey pada Hari Raya Aidilfiri. Di banglo pusaka yang kelihatan menakutkan itu, mereka disambut oleh penjaga sementara banglo tersebut iaitu Adam dan Misha. Mereka berempat mengambil keputusan untuk mengusahakan banglo tersebut untuk dijadikan motel/homestay Singgah Sini. Peristiwa pelik dan menakutkan mula berlaku di banglo tersebut di mana setiap pengunjung / pelanggan yang menginap di situ pasti akan mati. Mereka berempat yang terkejut dengan kejadian aneh itu menanam setiap mayat yang telah mati agar tidak diketahui polis. Selep

Quran Pondok Buruk Full Movie

Image
Sinopsis Quran Pondok Buruk Kisah obsesi tiga adik-beradik yang derhaka, terdesak mahukan keampunan daripada ibu mereka yang telahpun meninggal dunia. Usop yang pernah berdosa kini berusaha untuk menjadi lebih baik namun diuji dengan perpecahan dan keluarganya kini melakukan dosa-dosa yang lebih kurang sama seperti masa lampaunya. Ujian berat ini menjadikan Usop hampir terkandas sehingga mengamuk dan membakar pondok buruk tempat dia bermunajat kerana marah pada tuhan. Kejadian itu hampir meragut nyawa isterinya, Som dan kembali membuat Usop sedar yang dia perlu terus berusaha untuk menyatukan kembali keluarganya dan membantu anak-anaknya kembali ke jalan yang benar. Pelakon Quran Pondok Buruk Rosyam Nor, Fauziah Nawi, Raja Azura, Vanidah Imran, Jalaludin Hassan, Iman Zulkarnain

Memintas Al-Qadar Full Movie

Image
Sinopsis Memintas Al-Qadar Fikri dan Faisal yang bersahabat semasa tinggal di Rumah Kasih terpaksa berpisah apabila Faizal telah mendapat keluarga angkat dan tinggal di luar negara. Setelah dewasa dan mempunyai kehidupan sendiri mereka ditakdirkan bertemu semula namun hubungan persahabatan mereka mula diuji apabila Faizal yang sekarang bukanlah Faizal yang dikenalinya dahulu. Pelakon Memintas Al-Qadar Arman Graseka, Dilla Ahmad, Ustaz Dini, Ku Natasha, Saiful Ghaz, Yusri Salleh, Epool Yeop Hashim, Hanif Sabri

Heistdilfitri Full Movie

Image
Sinopsis Heistdilfitri Mengisahkan tiga perompak profesional yang tidak pernah ada pengalaman menyambut Aidilfitri. Tapi tahun ini mereka merancang untuk meraikan raya dengan cara yang berbeza. Ibrahim, Mus dan Anis merupakan perompak professional yang merompak berlian bernilai tinggi. Suatu hari, Ibrahim dihantui dengan iklan-iklan hari raya bertemakan keluarga. Mus mendapat idea untuk mencari sebuah keluarga dan beraya bersama mereka. Cadangan tersebut dipersetujui oleh Ibrahim dan Anis. Pencarian tersebut menemukan mereka dengan sebuah keluarga hartawan. Ibrahim, Mus dan Anis menangkap mereka. Maka bermulalah misi mereka untuk beraya bersama ‘keluarga’. Sepanjang menjadi sebuah keluarga, mereka mula mengenali hati budi masing-masing. Apakah kesudahan rompakan beraya bersama keluarga hartawan ini? Pelakon Heistdilfitri Zizan Razak, Issey Fazlisham, Shiqin Kamal, Maria Farida, Khir Rahman, Jihaa Sham, Mathni Razak, Hushairy Hussein

Geng Daddy-Daddy Full Episode

Image
Sinopsis Geng Daddy-Daddy Kisah 7 daddy 7 ragam. Pelakon Geng Daddy-Daddy Zamarul Hisham, Fahrin Ahmad, Rashidi Ishak, Syazwan Zulkelfi, Rahmad Mega, Bell Ngasri, Marc Syahmie, Riena Diana, Intan Ladyana, Khaty Azian, Danish Hazriq, Qaseh Izwandy Drama ## Jumlah Episod: 7 Hari: Raya pertama - ketujuh, 11:30 pagi Siaran: TV3