Sumpahan Malam Raya (2023) Full Movie

Sinopsis Sumpahan Malam Raya


Mengisahkan Syawal dan Tania yang melarikan diri ke Pulau Carey daripada diburu bapa Malik, seorang Taiko Besar Kuala Lumpur. Syawal telah menipu adik ayah Malik iaitu Amir untuk mendapatkan wang dan ayah Malik/Amir telah ditipu kerana ubat kuat batin yang tidak menjadi. Semuanya bermula apabila Syawal mendapati arwah bapanya meninggalkan banglo pusaka di Pulau Carey. Syawal dan Tania melarikan diri secara rahsia ke Pulau Carey pada Hari Raya Aidilfiri. Di banglo pusaka yang kelihatan menakutkan itu, mereka disambut oleh penjaga sementara banglo tersebut iaitu Adam dan Misha. Mereka berempat mengambil keputusan untuk mengusahakan banglo tersebut untuk dijadikan motel/homestay Singgah Sini. Peristiwa pelik dan menakutkan mula berlaku di banglo tersebut di mana setiap pengunjung / pelanggan yang menginap di situ pasti akan mati. Mereka berempat yang terkejut dengan kejadian aneh itu menanam setiap mayat yang telah mati agar tidak diketahui polis. Selepas beberapa jenazah dikebumikan, muncul seorang lelaki tua yang pelik (Tok) dan semua mayat yang dikebumikan sudah tiada. Lebih mengusutkan keadaan apabila Amir bersama kumpulan samseng Ayah Malik muncul di banglo itu. Berjayakah mereka berempat merungkai segala-galanya? Misteri dan melarikan diri dari cengkaman ayah Malik dan Amir.br/>

Pelakon Sumpahan Malam Raya


Atu Zero, Danial Zaini, Reen Rahim, Nora Danish, Dato' Yusry Abd. Halim, Ropie, Megat Terawis, Vanidah Imran, Lisa Surihani, Prof. Madya Dr. Soo Wincci, Saiful Apek, Yassin Senario, Rita Rudaini, Bell Ngasri, Denes Kumar

Popular

Nur 2 Full Episode

Teduhan Kasih Full Episode

Curi-Curi Cinta Full Episode

Cik Reen Encik Ngok Ngek Full Episode