Rintihan Nek Mis Full Episode

Sinopsis Rintihan Nek Mis

Mengisahkan hubungan seorang nenek terhadap cucu kesayangannya. Oleh kerana kesibukan bekerja, Helmi dan Shida menyerahkan anaknya, Karmila kepada Nek Mis untuk dijaga. Hubungan Nek Mis dan Karmila sangat rapat, tetapi pada suatu hari, Helmi didapati mati lemas semasa memancing. Manakala isterinya, Shida telah berpindah ke rumah bapanya, Encik Ismail dan membawa Karmila dengannya.

Permintaan Nek Mis untuk berjumpa dengan cucunya dilarang oleh Encik Ismail. Encik Ismail tidak suka kepada Nek Mis, kerana perkahwinan Shida dan Helmi dulu tidak direstui olehnya. Dia juga menuduh Nek Mis kerana Shida menjadi janda pada usia yang muda.

Nek Mis melakukan pelbagai cara untuk berjumpa dengan cucunya malah dia juga menuntut hak penjagaan ke atas Karmila, sehingga membawa perkara tersebut ke mahkamah. Walau bagaimanapun, ada sahaja cabaran yang harus diharungi oleh Nek Mis tetapi Nek Mis tidak pernah berputus asa berusaha untuk bertemu kembali dengan cucu kesayangannya.

Tidak lama selepas pemergian suaminya, Shida menjalinkan hubungan cinta bersama Haikal, yang merupakan Penyelia Tapak di syarikat pembinaan bapanya. Perhubungan ini direstui oleh Encik Ismail kerana En Ismail amat mempercayakan Haikal. Lama kelamaan, Shida mula mengabaikan tanggung jawabnya terhadap Karmila.

Nek Mis tidak berputus asa untuk menuntut hak penjagaan dan mengambil Karmila untuk tinggal bersamanya. Pada suatu hari, Karmila pergi menghilangkan diri dan apakah tindakan Nek Mis dalam menangani kes kehilangan Karmila ini?

Pelakon Rintihan Nek Mis

Normah Damansuri, Faye Kusairi, Hanna Aqeela, Duerra Mitilda, Idzham Ismail, Sharifah Shahora, Ryzal Jaafar, Rahim Jailani, Faiez Affandi, Fatin Nadiah

Drama Rintihan Nek Mis

Jumlah Episod: 20
Episod Semasa: TAMAT
Hari: Selasa-Ahad
Siaran: Slot Azalea TV9

Tonton Rintihan Nek Mis

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5
Episod 6Episod 7Episod 8Episod 9Episod 10
Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14Episod 15
Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20

Popular

Nur 2 Full Episode

Teduhan Kasih Full Episode

Mr London Ms Langkawi Full Episode

Cik Reen Encik Ngok Ngek Full Episode