Seindah Kasih Full Movie

Sinopsis Seindah Kasih The Movie


Memaparkan kisah enam kaki tangan Media Prima daripada bahagian kerja yang berbeza. Krisis hubungan antara keenam-enam watak yang ditampilkan ini ketara tatkala kesibukan bulan Ramadan melanda. Kisah di unit TV, Sharifah (Siti Saleha) menggalas tanggungjawab sebagai seorang penerbit tetapi terlalu bergantung kepada pembantunya, Nina (Shasha Abedul). Manakala di konti radio pula, Jamal (Anas Ridzuan) yang merupakan seorang DJ radio dan telah menempa nama sebagai duo bersama rakannya, Khairul (Luqman Hafidz), namun telah berlaku pergaduhan antara mereka ketika bersiaran ke udara. Lain pula kisah antara Nazmi (Syafiq Kyle) yang memegang watak sebagai wartawan akhbar dan sering timbul rasa tidak puas hati terhadap Alia (Mimi Lana) yang bekerja di bahagian digital. Mampukah setiap watak menyelesaikan setiap kemelut hubungan mereka?

Pelakon Seindah Kasih The Movie


Syafiq Kyle, Mimi Lana, Siti Saleha, Shasha Abedul, Anas Ridzuan, Luqman Hafidz

Popular

Lelaki Kiriman Tuhan Full Episode

Teduhan Kasih Full Episode

Bukan Kahwin Paksa Full Episode

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Full Episode