Memoir Karmila Full Episode

Sinopsis Memoir Karmila

Kisah seorang isteri terperangkap dengan dendam seorang suami yang begitu membencinya tanpa sedar. Karmila nyaris dijual suami sendiri pada sindiket pelacuran di Thailand pada malam berbulan madu mereka. Kisah bermula apabila Mila dengan kekasih lamanya, Isham secara tidak sengaja. Hubungan mereka kembali rapat apatahlagi Isham secara suka rela membantu Dato’ Rahim menyelesaikan masalah kewangan syarikat mereka. Kejujuran dan karisma Isham yang sudah berjaya dalam bidang perniagaan ini membuatkan Mila berpaling daripada cinta hatinya Naim. Dia mula membandingkan Isham yang sudah berjaya dengan kekasihnya Naim yang masih menganggur. Ditakdirkan Mila dan Isham disatukan dalam majlis perkahwinan yang meriah. Isham membawa Mila pergi berbulan madu ke Thailand. Disinilah titik hitam dalam hidup Mila bermula. Isham sebenarnya terlibat dalam sindiket pemerdagangan wanita dan bersekongkol dengan rakannya, Tengku. Isham mahu menjual Mila kepada sindiket di Thailand demi membalas dendam lamanya terhadap wanita itu yang pernah meninggalkannya demi lelaki lain. Mujur Karmila dapat melepaskan dirinya dan pulang ke Malaysia. Dia kemudiannya dibantu Kak Kathy dan Awe yang simpati terhadapnya. Isham yang tidak puas hati terus memburu Karmila dengan konco-konconya. Ketika berada di Terengganu, Mila dipertemukan dengan Aisyah dan ayahnya yang menguruskan madrasah pelajar tahfiz. Di situ terdetik dalam hati Mila untuk berubah. Adakah Isham berjaya temukan Karmila untuk dijual semula atau Karmila berjaya selamatkan diri? Apakah yang akan terjadi dalam kisah tragis ini?

Pelakon Memoir Karmila

Aedy Ashraf, Atikah Suhaime, Fahad Iman, Ikmal Amry, Afifah Nasir, Zaefrul Nordin, Fazlina Ahmad Daud, Zarynn Min, Fauzi Nawawi, Nadia Aqilah, Rafe Sumantri, Laila Nasir, Edaman, Hilman Alef, Nik Rifaie, Hafiz Bahari, Dato T S Jeffry

Info Memoir Karmila

Jumlah Episod: 13
Siaran: TV1

Popular

Teduhan Kasih Full Episode

Bukan Kahwin Paksa Full Episode

Cik Reen Encik Ngok Ngek Full Episode

Setia Hujung Nyawa Full Episode