Kami Budak Band Full Episode

Sinopsis Kami Budak Band

Tiga sahabat, Aiman, Rizal dan Haqiem yang berasal dari kampung yang sama ingin berjuang bagi menggapai mimpi dalam industri muzik. Di sebalik impian yang ingin mereka kecapi, pelbagai halangan dan cabaran yang perlu mereka hadapi. Aiman (Ezzrin Loy) sering terasa hati apabila dibandingkan oleh ibu bapanya, Encik Harun dan Puan Raihan dengan kejayaan yang telah dicapai oleh abang dan kakaknya. Aiman tidak dapat sokongan daripada kedua-dua ibu bapanya apabila memilih untuk menceburi bidang muzik. Ibu bapanya menganggap Aiman telah membuat keputusan yang salah. Sejak Aiman dituduh mencuri di tempat kerjanya, Aiman telah bertengkar dengan ibu bapanya lalu dia mengambil keputusan untuk berpindah ke Kuala Lumpur untuk mengejar cita-citanya. Rezal (Ariff Bahran) merupakan seorang yang berbakat menulis puisi dan lirik tetapi seringkali tidak menepati harapan bapanya, Razman yang merupakan seorang guru muzik dan penyanyi rap. Rezal adalah kawan baik kepada Aiman dan mereka berdua bersetuju untuk membawa diri ke Kuala Lumpur untuk melakar nama dalam industri muzik dengan kumpulan ‘Kami Budak Band’. Haqiem (Kucaimarz) yang juga rakan sekampung mereka, kagum dengan kebolehan yang ada pada Aiman dan Rezal. Haqiem nekad untuk mengajak mereka bergabung membentuk kugiran bersama. Apabila mendapat tahu yang Aiman dan Rezal akan ke Kuala Lumpur, Haqiem bersedia untuk menurut jejak langkah mereka. Berjayakah tiga sahabat ini menghadapi segala konflik di ibu kota? Dapatkah mereka mengukir nama ‘Kami Budak Band’ dalam industri muzik tanah air?

Pelakon Kami Budak Band

Ezzrin Loy, Kucaimarz, Ariff Bahran, Didi Astillah, Qistina Khaled, Bella Dowanna, Putri Syahadah Nurjannah, Hasnul Rahmat, Cat Farish

Info Kami Budak Band

Jumlah Episod: 13
Siaran: Slot Lestary TV3

Popular

Teduhan Kasih Full Episode

Senafas Rindu Full Episode

Bukan Kahwin Paksa Full Episode

Setia Hujung Nyawa Full Episode