Isteriku 120kg Full Episode

Sinopsis Isteriku 120kg

Mengisahkan Aiman Zafril yang disyaratkan oleh Nenek Masyitah untuk mengahwini Nelydia sebelum harta keluarga dipindah milik kepada namanya. Nelydia merupakan rakan sepermainan Aiman ketika beliau berusia 7 tahun. Malangnya, Nelydia bukanlah pilihannya berdasarkan saiz badan yang besar. Aiman tiada pilihan, dia perlu berkahwin jika mahu harta menjadi miliknya. Setelah bergelar suami kepada Nelydia seberat 120 kg itu, nenek Masyitah mahukan cicit pula. Jika tidak, jangan harap nenek Masyitah akan memberikan harta. Gelap hitam dunia Aiman Zafril. Bagaimana dia mahu menyentuh Nelydia sedangkan melihat wanita itu sahaja tekaknya sudah loya? Nenek Masyitah pula makin hari makin mendesak mahukan cicit. Tetapi lain pula bagi pihak Nelydia yang berasa cukup bertuah kerana dapat menjadi isteri kepada lelaki kacak dan kaya seperti Aiman Zafril. Namun, sukar sekali untuk membuatkan Aiman Zafril jatuh hati kepadanya. Untuk terus menjadi isteri Aiman Zafril demi mengecap kemewahan, Nelydia perlu memberikan zuriat buat lelaki itu. Nelydia buntu dan keliru. Perlukah Nelydia berkorban sejauh itu?

Pelakon Isteriku 120kg

Amar Asyraf, Jaja Iliyes, Iswan Ismail, Afifah Nasir, Neera Azizi, Fauziah Nawi, Lisa, Mili Supina, Mak Wan

Drama Isteriku 120kg

Jumlah Episod: 13
Siaran: TV1

Popular

Plan Cinta Full Episode

Setia Hujung Nyawa Full Episode

Teduhan Kasih Full Episode

Pengantin Satu Malam Full Episode