Bukan Lelaki Terhebat Full Episode

Sinopsis Bukan Lelaki Terhebat

Jaden (Adam Lee) merupakan seorang anak yatim piatu dan bekerja sebagai pengawal peribadi Datuk Samsul Azri. Suatu hari, Jaden telah diserbu oleh Datuk Samsul Azri kerana Jaden didakwa menjalin hubungan dengan perempuan simpanan beliau iaitu Ariana (Anies Hann). Jaden dibelasah teruk sehingga cedera parah lalu dicampak ke kebun getah milik Pak Samad (Omar Abdullah). Sejak kejadian itu, kehidupan Jaden di kampung telah ditampung oleh Pak Samad dan Seri Dhia (Sweet Qismina) termasuk makan minumnya. Jaden akhirnya jatuh cinta dengan Seri Dhia. Pertunangan Seri Dhia dan Dr. Iqram terbatal apabila Puan Zalina, ibu kepada Dr. Iqram telah menuduh Seri Dhia ada hubungan cinta dengan Jaden. Seri Dhia kesal dengan perbuatan Dr. Iqram yang menelan pertuduhan itu bulat-bulat. Setelah empat bulan Jaden dan Seri Dhia berkenalan, mereka meluahkan perasaan cinta mereka terhadap satu sama lain dengan hati yang terbuka. Dalam kemanisan pasti ada terselit kepahitan, keadaan menjadi semakin rumit apabila fitnah antara Seri Dhia dan Jaden tersebar seluruh kampung walaupun Jaden telah berpindah di Homestay Pak Samad. Dapatkah Jaden dan Seri Dhia pertahankan cinta mereka saat diuji? Berjayakan Jaden menjadi lelaki terhebat buat Seri Dhia?

Pelakon Bukan Lelaki Terhebat

Adam Lee, Ameerul Asyraf, Anies Hannani, Arash Mohd, Halim Radzi, Harissa Adlynn, Hasnul Rahmat, Omar Abdullah, Puteri Balqis, Rashidah Jaafar, Sham Visa, Sweet Qismina, Zarina Zainuddin, Zalfa Zin

Info Bukan Lelaki Terhebat

Jumlah Episod: 15
Siaran: Slot Samarinda TV3

Popular

Teduhan Kasih Full Episode

Lelaki Kiriman Tuhan Full Episode

Rumah Siti Khadijah Full Episode

Bukan Kahwin Paksa Full Episode