Kerana Aku Seorang Ibu Full Movie

Sinopsis Kerana Aku Seorang Ibu

Kisah suka-duka tiga orang ibu, Maria, Julia dan Anita membesarkan anak-anak mereka.

Maria wanita berkerjaya yang membangunkan perniagaannya sendiri. Dia telah bercerai dengan bekas suaminya dan mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Ezra dan Ezrin. Setelah bercerai dengan Zainal, kedua-dua anak itu yang meningkat remaja dibesarkan oleh bapa mereka. Kesibukan Maria menguruskan perniagaan menyebabkan hubungannya dengan Ezra dan Ezrin renggang dan semakin menjauh.

Seterusnya kisah Anita, guru sekolah menengah yang baru berpindah ke Kuala Lumpur bersama dua orang anaknya, Juwita dan bayi, Sara. Juwita melanjutkan pengajian ke kolej dan waktu yang sama dia membantu ibunya menguruskan rumah dan Sara. Dari mata kasar Anita, Juwita dan Sara kelihatan bahagia dan sempurna namun tiada sesiapa pun yang tahu bahawa Sara bukanlah anak Anita tetapi anak Juwita.

Kisahnya berkembang dengan watak Juwita yang cuba menyesuaikan diri sebagai seorang ibu muda dan dalam masa yang sama masih bergelar pelajar kolej. Dia menyimpan rahsia telah diperkosa teman sekolahnya di kampung yang menyebabkannnya mengandung dan melahirkan Sara. Dunianya yang cerah bertukar menjadi mendung. Mujur naluri keibuan Anita kuat memberikan semangat kepada Juwita kerana sedar apa yang berlaku takdir Allah. Mereka berhijrah ke Kuala Lumpur meneruskan kehidupan baru dan Juwita kembali meneruskan pengajian di kolej dan salah seorang sahabat barunya adalah Ezra.

Sementara itu Julia pula seorang ibu tiri yang hidup bahagia bersama anak tirinya, Talia. Julia cuba sedaya upaya untuk mencurahkan kasih sayang kepada anak tirinya itu apatahlagi dia telah beberapa kali keguguran. Dia melayan Talia bagai anaknya sendiri dan tidak mahu berenggang. Hakikatnya Talia mula rasa rimas dengan situasi itu. Lalu apakah kesudahan jalur cerita mereka?

Pelakon Kerana Aku Seorang Ibu

Aida Aris, Angeline Tan, Amyza Aznan, Fimie Don, Elvina Chua, Bibi Qairina, Ieja Fy

Popular

Nur 2 Full Episode

Teduhan Kasih Full Episode

Mr London Ms Langkawi Full Episode

Cik Reen Encik Ngok Ngek Full Episode