Syahadan (2022) Full Movie

Sinopsis Syahadan

Mengisahkan tentang seorang anak muda, Omar yang hidup tanpa arah tujuan serta diserapi unsur hedonisme. Demi mendisiplinkan Omar, bapanya menghantar Omar ke sebuah kampung bagi memperbaiki akhlak dan menjadi insan berguna kepada masyarakat melalui kaedah persilatan.

Pada awalnya, Omar seakan menentang sehinggalah pada suatu hari hatinya terbuka selepas melihat Pak Daud berjaya menumpaskan empat orang samseng yang bersenjata dalam sekelip mata sahaja menggunakan ilmu persilatan. Sepanjang sesi latihan persilatan bersama Pak Daud, Omar bukan sekadar berlatih gerak serta kekuatan, tetapi ia adalah cara hidup bagi membentuk akhlak terpuji.

Kisah silam yang disembunyikan ayah Omar, saat Omar kecil yang menjalani pembedahan menggunakan khidmat pemerdagangan organ antarabangsa di pasaran gelap mula menjemput penjenayah dalam hidupnya.

Walaupun golongan sasar filem ini adalah lebih kepada pecinta seni warisan Melayu, Syahadan optimis dapat menarik masyarakat umum ke panggung untuk berhibur bersesuaian dengan penceritaannya yang dekat dengan kehidupan masyarakat, penuh hikmah dan patuh Syariah.

Pelakon Syahadan

Jufferi Al-Jamari, Anuar Rahman, Bob Megat, Fauzi Khalid, Taqiyuddin Hamid, Sazzlan Yuga, Mohd Syafiq Ibrahim, Nashrul Edzam Asri, Muhammad Shukrillah Badrillah dan Y.Bhg Datuk Wira Hj Megat Zulkarnain.

Popular

Bukan Kahwin Paksa Full Episode

Mona Lisa Full Episode

Teduhan Kasih Full Episode

Isteri Tuan Ihsan Full Episode