Irama Kita (2023) Full Movie

Sinopsis Irama Kita

Kisah empat sekawan yang memulakan band The Dreamers iaitu Izi, Kef, Syafiq, dan Alvin. Mereka terpaksa menghadapi pelbagai dugaan untuk menjadikan muzik sebagai profesion mereka.

Izi, seorang anak ketua kampung yang bijak, tidak dibenarkan bermain drum dan disuruh menjadi wanita tipikal yang lemah-lembut oleh ayahnya. Kef pula mendapat sokongan daripada bapanya untuk belajar muzik, tetapi dipaksa menyertai ibunya di Amerika Syarikat, yang menjauhkan dia dari The Dreamers.

Syafiq merupakan seorang pemain gitar dan pencipta lagu yang berbakat, tetapi terhad dengan keadaan ekonomi keluarganya yang tidak stabil. Alvin yang selalu berlagak happy-go-lucky sebenarnya mendapat tentangan daripada ibunya yang ingin dia lebih serius dalam pelajaran.

Meskipun cita-cita mereka belum pasti tercapai, mereka telah menempuh pelbagai pengalaman yang cukup matang dan membuktikan betapa besar kasih sayang mereka pada muzik. Mereka terpaksa mempertaruhkan minat mereka dengan restu keluarga.

Adakah usaha mereka untuk mengejar impian mereka dalam bidang muzik akan tercapai? Tontonlah Filem Irama Kita menerusi platform Tonton untuk mengetahui lebih lanjut tentang kisah The Dreamers.

Pelakon Irama Kita

Aiman Tino, Fara Nadiah, Kahoe Hon, Ahmad Adly, Arena Wan, Fikry Kiki

Popular

Teduhan Kasih Full Episode

Lelaki Kiriman Tuhan Full Episode

Bukan Kahwin Paksa Full Episode

Curi-Curi Cinta Full Episode