Oh My English Road To Jogja PART 1 Full Movie

Sinopsis Oh My English Road To Jogja PART 1

Oh My English: Road to Jogja’ bahagian pertama mengisahkan perjalanan Zack, See Yew Soon dan Mazlee mencapai impian mereka bergelar chef dan pengusaha kafe berjaya. Setelah buntu mencari idea baru untuk melariskan kembali perniagaan kafe ‘After School’ mereka, mereka bercadang untuk bertanding di dalam sebuah pertandingan memasak peringkat antarabangsa di mana mereka bukan sahaja boleh memenangi wang tunai, tetapi juga mengembalikan reputasi perniagaan mereka. Dengan bantuan Mr. A, mereka mengembara ke seluruh Malaysia untuk mengembalikan nama bersih kafe ‘After School’, menggunakan sebuah ‘food truck’.

Dalam kekalutan itu, mereka bertemu Chef Bru (Mark Adam) yang dalam diam, ingin mengambil kesempatan terhadap mereka untuk kepentingan peribadi. Chef Bru memberikan tugasan mencabar, mengarahkan Zack, See Yew Soon dan Mazlee mencari 3 bahan rahsia; ayam hitam kaki satu, sos popia meletop dan rempah kari menangis. Sebagai tukaran beliau akan berkongsi rahsia masakan beliau. Pelbagai perkara lucu, cabaran dan rintangan dihadapi tiga sahabat ini dalam pencarian penuh mendebarkan itu. Berjayakan ketiga-tiga bahan itu ditemui dan adakah mereka akan berjaya menawan kembali hati pelanggan mereka? Semuanya akan terjawab dalam bahagian pertama telefilem ini.

Pelakon Oh My English Road To Jogja PART1

Juzzthin, Roax Tan, Zhafir Muzani, Jihan Muse, Johan, Mark Adam, Wahid Senario

Popular

Nur 2 Full Episode

Teduhan Kasih Full Episode

Curi-Curi Cinta Full Episode

Cik Reen Encik Ngok Ngek Full Episode