Kalimah Cinta Full Movie

Sinopsis Kalimah Cinta

Sepasang suami isteri yang hidup dengan penuh kasih sayang. Kesibukan isteri bekerja menyebabkan suami mula curang dengan perempuan lain sehingga disahkan mengidap HIV. Isteri kecewa dengan situasi tersebut apatahlagi bila pada waktu sama majikannya berterus-terang sukakannya.

Aulia terlalu mencintai suaminya, Muslim. Apatahlagi dengan sikap Muslim yang melayannya dengan sungguh romantik dan selalu bermadah tentang cinta. Muslim sering membuat kejutan-kejutan cinta buat isterinya. Sementara itu, Rahmat yang merupakan majikan Aulia selalu memberi banyak kerja sehingga beliau terpaksa pulang lewat.

Tiba-tiba satu hari mereka dikejutkan dengan kejadian Muslim yang terlibat dengan kemalangan jalan raya dan dimasukkan ke ICU dalam keadaan koma. Aulia meminta cuti sebulan tetapi Rahmat tidak membenarkannya. Perasaan Aulia mula bercampur baur dengan rasa marah dan mengharapkan pertimbangan majikannya.

Rahmat mula berbaik dengan Aulia kerana beliau sebenarnya telah jatuh hati dengan Aulia. Ketika Aulia melawat Muslim di hospital, beliau dikejutkan dengan kehadiran seorang perempuan yang dilihat sedang melayan Muslim dengan mesra.

Aulia kecewa dan hatinya remuk dengan insiden tersebut. Hidup Aulia semakin gelap apabila Muslim disahkan mengidap penyakit HIV.

Pelakon Kalimah Cinta

Nina Iskandar, Idris Khan, Wanna Ali, Akmal Ahmad

Popular

Teduhan Kasih Full Episode

Bukan Kahwin Paksa Full Episode

Akulah Balqis Full Episode

Cik Reen Encik Ngok Ngek Full Episode