Kalbu Pun Berzikir Full Movie

Sinopsis Kalbu Pun Berzikir

Norlia seorang gadis kampung. Dia bahagia dengan caranya sendiri, Kehadiran Ghafar membuka lembaran baru buat Norlia. Mereka pun buat keputusan untuk bernikah walaupun ibu Norlia tidak bersetuju dengan keputusannya yang terburu-buru.

Ingatkan panas hingga petang, rupanya hujan di tengah hari. Mahligai yang diharapkan bahagia selamanya musnah bila Ghafar membuat onar. Dia digantung tak bertali. Hidupnya difokuskan kepada 3 orang anaknya Fatin, Maarof dan Riya. Dia menganggap apa yang terjadi kepadanya adalah satu kifarah kerana tidak mendengar nasihat ibunya.

Ujian ditambah lagi dengan anaknya Fatin pula disahkan mengidap Leukimia. Namun Fatin adalah anak yang kuat. Ketabahan Fatin menarik hati Khairi, wakil NGO untuk membantu merealisasikan impian Fatin. Saat Norlia selesa dengan kehadiran Khairi, Ghafar muncul kembali untuk sama-sama menjaga Fatin.

Pelakon Kalbu Pun Berzikir

Fasha Sandha, Zara Sophia, Shahfi Rafiq, Adrianna Qasmia, Sabhi Saddi, Pekin Ibrahim, Siti Fazurina, Anne Abdullah, Afzan A.Rahman, Badrul Munir Md Isa, P Prem Anand Pillai, Adzaham Hamidon, Yeoh Siew Szan, Ahmad Faizal Abd Saad, Ramli Omar.

Popular

Teduhan Kasih Full Episode

Lelaki Kiriman Tuhan Full Episode

Bukan Kahwin Paksa Full Episode

Curi-Curi Cinta Full Episode