Di Langit Lazuardi Full Movie

Sinopsis Di Langit Lazuardi

Bermula apabila kereta yang dinaiki oleh Rauf dan keluarganya ditimpa kemalangan. Rauf dan tiga orang anaknya, Amir, Amirah dan Aina hanya mengalami kecederaan ringan, namun isterinya, Nisa berkeadaan koma dan seorang anaknya, Amar meninggal dunia di tempat kejadian. Rauf dan anak-anaknya terpaksa berhadapan dengan saat-saat genting kerana pihak hospital mencadangkan agar sistem sokongan pernafasan Nisa dihentikan. Sekalipun Nisa sedar dari koma, dia tetap akan mengalami kecacatan kekal dan mungkin juga tidak mampu untuk mengenali Rauf atau ahli keluarga yang lain. Walaupun begitu, Rauf masih tidak bersedia untuk melepaskan isterinnya pergi.

Sehari sebelum tragedi ini berlaku, Rauf telah meluluhkan hati Nisa apabila dia menyuarakan hasratnya untuk bernikah dengan Suraya, seorang gadis yang dijumpainya ketika masih bergelar suami kepada Nisa. Walaupun Nisa isteri yang cukup sempurna kepada Rauf tetapi sayangnya selepas bertahun-tahun hidup bersama orang yang sama dia berasa bosan dan mahu mencari sedikit keseronokan di dalam kehidupannya dan Suraya mampu memberikan keseronokan tersebut.

Semenjak Nisa berada di dalam wad, Rauf banyak bermunajat kepada yang Esa. Rauf mendoakan agar isterinya pulih seperti sedia kala sementara Suraya pula beristikharah akan keputusan yang paling baik untuk dipilihnya.

Apakah pilihan Rauf pada akhirnya? Adakah dia akan bersama dengan Suraya yang memang pada mulanya pilihan Rauf sebelum kemalangan tragis itu? Atau adakah kemalangan itu telah menyedarkan Rauf bahawa hanya Nisa adalah cinta hatinya yang sebenar?

Pelakon Di Langit Lazuardi

Adi Putra, Rita Rudaini Nabila Huda

Popular

Teduhan Kasih Full Episode

Senafas Rindu Full Episode

Bukan Kahwin Paksa Full Episode

Setia Hujung Nyawa Full Episode