Cinta Yang Ternoktah Full Movie

Sinopsis Cinta Yang Ternoktah

Mengisahkan Adam pemuda bisu tetapi boleh mendengar yang berusaha untuk melangsaikan hutang bapanya dengan Tokan. Dalam pada itu, Adam jatuh cinta dengan seorang Hawa, gadis pekak dan bisu. Akhirnya Adam mengetahui bahawa sebenarnya Hawa adalah adik kembarnya yang terpisah semasa mereka masih kecil.

Mengisahkan dua pasangan kelainan upaya (OKU) iaitu Hawa (OKU pekak dan bisu) dan Adam (OKU bisu) saling jatuh cinta antara mereka.

Adam dari keluarga miskin bandar, bapa Adam (Ibrahim) sering diugut Tokan (penjenayah terancang) akibat hutang lama bapanya. demi bapanya, adam terpaksa

Bekerja dengan Tokan dengan melakukan kerja-kerja yang menyalahi undang-undang untuk membayar semua hutang-hutang bapanya dengan Tokan.

Ditakdirkan suatu hari Adam telah meragut beg tangan Hawa, Aadam meneliti kad pengenalan Hawa, sedarlah Adam, Hawa adalah gadis yang pernah menyelamatkannya ketika dia mengalami kemalangan. Adam tersedar dan insaf.

Adam memberanikan diri berjumpa Hawa yang tinggal bersama keluarga yang penuh dengan kemewahan namun masih berpegang kepada iman dan takwa.

Atas kejujuran Adam, Hawa mula jatuh hati kepada Adam. Adam mahu berubah dan tidak mahu lagi berkerja di bawah Tokan. Tokan berang dengan keputusan Adam, lalu Tokan menjadikan Hawa sebagai tebusan.

Pelakon Cinta Yang Ternoktah

Fimie Don, Anissa Jailani, Aman Graseka, Azhan Rani, Myra Ezandra, Nur Ibrahim Sabri, Azlym Spark, Hazlinda Mohd Hashim, Mohammad Abdul Rahman

Popular

Lelaki Kiriman Tuhan Full Episode

Teduhan Kasih Full Episode

Bukan Kahwin Paksa Full Episode

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Full Episode