Bercinta Dengan Jin Full Movie

Sinopsis Bercinta Dengan Jin

Mengisahkan Maya penulis skrip filem yg mendapat kerja untuk menemu bual Haji Zamani. Maya teruja menerima tawaran tersebut kerana kebetulan arwah nenek juga berasal dari sana.

Maya mempunyai kelebihan boleh melihat jin dan makhluk halus sejak kecil lagi sampaikan Maya tak dapat nak bezakan antara manusia dan makhluk lain. hal ini selalu membuatkan Maya takut.

Izwan selaku tunang selalu menasihatkan Maya supaya jangan menghiraukan sangat benda tersebut menyebabkan Maya merasakan Izwan memperlekehkan kelebihan tersebut.

Hari pertama menjejakkan kaki ke kampung tersebut, Maya berkenalan dengan Cikgu Haikal. Hubungan mereka semakin rapat selepas Haikal menolong Maya dalam satu insiden. Maya perasan yg penduduk kampung macam tidak senang melihat keakrabannya dengan Haikal.

Semakin lama Maya mula jatuh cinta dengan Haikal kerana merasakan Haikal lebih memahami dirinya dan percaya dengan kelebihannya yg boleh melihat benda ghaib. Izwan pula merasakan Maya semakin pelik setiap kali dia menelefon. Izwan membuat keputusan untuk pergi ke kampung tersebut untuk menyelamatkan Maya.

Persoalannya siapa Haikal sebenarnya?

Pelakon Bercinta Dengan Jin

Uyaina Arshad, Yusuf Bahrin, Raja Syahiran, Charlie Numan Salleh

Popular

Teduhan Kasih Full Episode

Bukan Kahwin Paksa Full Episode

Akulah Balqis Full Episode

Cik Reen Encik Ngok Ngek Full Episode