Sinopsis Playboy Itu Suami Aku Playboy Itu Suami Aku mengisahkan Afina Aulia, seorang gadis lemah lembut dan sopan santun ditemukan jodoh dengan Raja Adrian Benjamin, seorang playboy. Afina mempunyai seorang adik kembar tidak seiras, Afisya Aulia ataupun Fisya yang suka bersosial dan merupakan salah seorang teman wanita kepada Adrian.Dia juga seorang playgirl dan Adrian merupakan salah seorang dari teman lelaki Fisya. Pada awal perkenalan mereka, Afina disimbah dengan air lopak apabila Adrian membawa kereta mewahnya dengan laju. Adrian bukan sahaja tidak minta maaf malah dia tidak sekalipun memperlahankan keretanya. Raja Adrian Benjamin ataupun nama 'manjanya' yang diberikan oleh Afina iaitu ‘King’ (King of Crocodile) sering membuatkan Afina panas hati. Suatu hari, Afina dan Syaf menghantar tempahan bunga untuk digubah di rumah Puan Sri Zahidabersempena dengan majlis hari jadi cucunya. Puan Sri Zahida tertarik dengan penampilan Afina yang sopan dan tidak meninggalkan solat
Sinopsis Cik Reen Encik Ngok Ngek Beberapa hari sebelum majlis pernikahan, Izyan dan Iqram menghilang. Bagi menutup malu, keluarga mereka mencadangkan Azreen (kakak Izyan) dan Harris (abang Iqram) untuk berkahwin bagi menggantikan majlis tersebut. Selepas berkahwin, mereka membuat keputusan untuk mencari Izyan dan Iqran. Kedua mereka berhasrat untuk berpisah sekiranya berjaya membawa Izyan dan Iqram pulang. Bagi Azreen cinta tidak boleh dipasak dan mengetahui Harris pula sudah ada teman hati yang didambakan iaitu Zaza. Sepanjang pengembaran mereka, Azreen mula jatuh hati. Walaupun mulut kata benci, dia tidak mampu menolak. Pelakon Cik Reen Encik Ngok Ngek Farah Nabilah, Fikry Ibrahim, Scha Elinnea, Farhan Asri, Haneesya Hanee, Iswan Ismail, Badrul Muhayat, Farisha Irwayu, Rania Humaira, Nik Adam Mika, Raja Azmi, Mat Over, Nashra Shah, Adrian Edy, Nabila Razali Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek Jumlah Episod: 20 Episod Semasa: 20 Hari: Isnin-Khamis Siaran: Astro Ria Ton
Sinopsis Curi-Curi Cinta Kisah Intan Raihana dilahirkan dalam keluarga yang susah. Intan malu dengan keadaan keluarganya, apatah lagi ibunya seorang yang buta disebabkan kemalangan maut. Ayahnya meninggal dunia, dia pula membenci abangnya Iskandar yang didakwanya sebagai punca kemalangan tersebut. Terpaut dengan kekayaan Daniel Hakim, Intan merancang untuk memikat Daniel apatahlagi bila dia mengetahui Daniel adalah kekasih sepupunya Fariza. Intan sanggup melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan Daniel Hakim. Namun, hati Daniel Hakim sudah terkunci untuk Fariza. Suatu hari, Daniel diperangkap dan terpaksa disatukan dengan Intan. Daniel rasa tertipu pada perkahwinan mereka dan mahu membalas dendam. Dia mula mengatur rancangan untuk memberi pengajaran kepada Intan. Perbuatan Daniel itu telah menghancurkan impian Intan selama ini. Disitulah Intan mula sedar dan berubah setelah diuji dengan banyak dugaan. Apabila Intan disahkan mengandung, perasaan sayang mula berputik. Namun ego
Sinopsis Imam Mudaku Romantik Laila Khalisah, pemilik butik Pinkwears yang sememangnya mengimpikan seseorang yang bergelar imam muda atau ustaz menjadi suaminya. Kemunculan Muhammad Faqih dalam kehidupannya telah banyak mengubah isi keluarga wanita itu. Si Faqih pula pandai menambat hati isterinya. Sekeping kad besar yang tertulis I Love You, Laila di cermin hadapan Peugeot 508 berwarna putih bersama lambakan ros merah di sekelilingnya merupakan kejutan untuk cinta hatinya itu. Masjid yang dibina oleh mereka diserikan lagi apabila Laila Khalisah disahkan hamil kembar. Namun, pada usia perkahwinan yang masih setahun jagung itu, kebahagiaan mereka diragut dengan fitnah yang dilemparkan oleh Izham, bekas tunang Khalisah. Izham muncul kembali menagih cinta Khalisah. Pelakon Imam Mudaku Romantik Hisyam Hamid, Syatilla Melvin, Faye Kusairi, Rahhim Omar, Zarina Zanuddin, John Chisel, Erwin Dawson, Dian P. Ramlee, Syed Ali, Sharisa Haris, Kuza, Amalina Lutfi, Farah Nabila, Charline Numan