44 Hari Bangkitnya Pocong Full Movie

Sinopsis 44 Hari Bangkitnya Pocong

Selepas kematian Maimun, beberapa kejadian aneh telah berlaku dan seluruh penduduk kampung di ganggu oleh pocong.

Maimon yang meninggal secara mengejut mula menjadi bualan orang kampung kerana sikapnya selama ini sememangnya kurang di senangi.

Jenazah Maimon terpaksa dikebumikan pada keesokan kerana menunggu anaknya Aizat pulang dari Singapura.

Namun, tanpa diduga seekor kucing hitam melangkah mayat Maimon lalu jenazah maimon bangun menyebabkan seluruh penduduk kampung melarikan diri.

Pada malam tahlil yang pertama penduduk mula di serang dengan gangguan ketukan pintu dan penampakan pocong.

Suami maimon Anjang Kamal mula di datangi hantu Pocong Maimon yang meminta maaf.

Aizat yang sayangkan ibunya menghadapi dilema dalam menghadapi kecaman namun dalam masa sama cuba merungkai punca Pocong Maimon mula menghantui orang orang kampung.

Satu persatu perbuatan terkutuk maimon terungkai termasuklah perbuatan Maimon yang memberikan nasi kangkang kepada Anjang Kamal menjadikan Aizat semakin tertekan.

Mampukah Aizat menghentikan hantu Pocong Maimon dari terus menghantui orang kampung?

Pelakon 44 Hari Bangkitnya Pocong

Ellie Suriaty, Kody Rasheed, Riezman Khuzaimi, Anne Abdullah, Raja Syahiran

Popular

Teduhan Kasih Full Episode

Nur 2 Full Episode

Bukan Kahwin Paksa Full Episode

Heistdilfitri Full Movie