Tarantula X (2021) Full Movie

Sinopsis Tarantula X

Mengisahkan tentang perempuan mata duitan, Shima yang suka menjalin hubungan sulit dengan lelaki berduit termasuk suami rakan-rakannya, Ayu dan Liza. Apabila Adam iaitu suami Ayu menjadi lumpuh dan berkerusi roda akibat serangan jantung, Shima beralih arah kepada suami Liza, Anas. Sebagai sahabat baik kepada Adam dan Anas, Amir yang masih bujang mendamaikan mereka tetapi gagal. Tanpa pengetahuan Anas, isterinya cuba menjodohkan Amir dengan Shima. Namun Shima menolak dan menghina Amir.

Modus-operandi Shima adalah mengambil “selfie” bersama pasangannya di atas katil dalam keadaan berbogel, lalu foto-foto tersebut dijadikan senjata untuk peras ugut mereka bagi mendapat wang yang dapat menampung kehidupan mewahnya. Apabila Anas ingin memutuskan hubungan, Shima mengugut untuk sebarkan gambar dan menuntut RM1 juta, dan itu mencetus kemarahan Anas.

Apabila Shima dijumpai mati dibunuh, penyiasatan yang diketuai ASP Anuar bermula. Sebagai saksi utama, Ain iaitu adik angkat yang tinggal bersama Shima juga tersenarai sebagai suspek pembunuhan termasuk Anas, Ayu, Amir dan Adam. Setiap mereka mempunyai asas dan sebab untuk melakukan pembunuhan berikut. Teka-teki motif dan suspek dibawa hinggalah ke babak terakhir untuk membongkar misteri pembunuh sebenar Shima.

Pelakon Tarantula X

Adlin Aman Ramlie, Vanida Imran, Eman Manan, Namron, Marisa Yasmin, Rashid Salleh, Mona Allen, Jasper Supayah, Datuk Yusof Haslam, Adeline Tsen

Popular

Teduhan Kasih Full Episode

Bukan Kahwin Paksa Full Episode

Akulah Balqis Full Episode

Cik Reen Encik Ngok Ngek Full Episode