Sa Balik Baju (2021) Full Movie

Sinopsis Sa Balik Baju

Kisah enam wanita menempuhi tekanan moden daripada media sosial, pekerjaan dan hubungan pada zaman internet.

Kisah 1: Hak Peribody
Dahlia, seorang penulis terasa kehilangan apabila syarikat majalah perempuan yang beliau bekerja telah tutup perniagaan. Beliau menyalahkan media sosial kerana ramai orang bergantung kepada media sosial dalam kehidupan seharian. Pada suatu hari, ketika Dahlia terdengar pertengkaran di antara seorang suami dan isteri, beliau mendapat inspirasi untuk memulakan perniagaan yang menjual pakaian dalam perempuan yang seksi untuk menghangatkan perhubungan antara suami isteri. “Hak Peribody” ditulis dan diarah oleh Junad Muhammad Nor.

Kisah 2: Love Clicks
Hannah yang sentiasa menggunakan platform digital merasakan beliau telah jatuh cinta terhadap Pengguna Nombor 721 yang beliau telah kenal di aplikasi cari jodoh, “Love Clicks”. Masalahnya adalah, beliau tidak tahu bagaimana rupa pengguna tersebut kerana mereka hanya boleh melihat avatar masing-masing sahaja. “Love Clicks” ditulis dan diarah oleh Sarah Lois.

Kisah 3: Bukan Salah Ibu Mengandung
Punca pendapatan blogger kecantikan Myra dan suami yang merupakan pengurusnya, Irfan kini tergugat disebabkan beliau sedang mengandung anak pertama mereka. Disebabkan hormon yang tidak stabil, Myra menghadapi alahan yang teruk terhadap bahan kosmetik yang menyebabkannya untuk mendapat amaran daripada kliennya. “Bukan Salah Ibu Mengandung” ditulis oleh Rafidah Abdullah dan diarah oleh Umie Salwana Omar.

Kisah 4: Dalam Kain
Sierra mempunyai pengikut media sosial yang ramai kerana beliau gemar berkongsi mengenai kehidupannya bersama suaminya, Hanif serta memberikan nasihat-nasihat perkahwinan. Akan tetapi, salah seorang pengikutnya telah terjumpa akaun suaminya di aplikasi cari jodoh, “Hunny Bunny” dan menyebarkan berita tersebut di media sosial. Ini telah menyebabkan Sierra dikeji oleh orang ramai. Sierra mengambil keputusan untuk mengikut rancangan rakan baiknya untuk mengetahui jika suaminya benar-benar sedang curang terhadapnya. “Dalam Kain” ditulis dan diarah oleh Sarah Lois.

Pelakon Sa Balik Baju

Nadiya Nissa, Elena Laurel Moujing, Juliana Evans, Sarancak, Mira Filzah, Kaka Azraff, Jo Kukathas, Chelsia Ng, Kahoe Hon, Jad Hidhir, Nicole Rinai Joachim, Alif Satar, Amirah Azmi, Lee Yvonne, Idris Khan, Haleeda, Azman Hassan, Joanne Kam

Popular

Teduhan Kasih Full Episode

Lelaki Kiriman Tuhan Full Episode

Rumah Siti Khadijah Full Episode

Bukan Kahwin Paksa Full Episode