Musyrik Api Neraka Menantimu (2022) Full Movie

Sinopsis Musyrik Api Neraka Menantimu

Mengisahkan tentang Aril yang mempunyai sikap mudah panas baran terutama sekali apabila perniagaanya ditimpa masalah berpunca daripada orang kepercayaanya sendiri. Dan juga dia menyalahkan anaknya, Puteri yang dikatakan membawa sial kepada keluarganya.

Rumah tangga Aril mula menjadi porak-peranda apabila dia dipengaruhi oleh satu entiti jahat yang telah “dihantar” oleh seseorang untuk membalas dendam. Pengaruh entiti jahat ini terlalu kuat sehingga Aril tergamak bertindak di luar kawalan dan mengancam nyawa isterinya, Wati dan anaknya, Puteri. Adik Aril, Farah turut dengan tidak sengaja terbabit dengan gangguan entiti jahat apabila dia datang melawat anak buah kesayangannya, Puteri.

Farah meminta pertolongan daripada Ustaz Akasyah kerana dia mengesyaki sesuatu yang pelik sedang berlaku di dalam keluarga abangnya. Dengan tidak sangka, Farah turut dirasuk oleh entiti jahat apabila Ustaz Akasyah cuba untuk menolongnya!

Dari manakah datangnya entiti jahat ini? Siapakah yang menghantarnya? Mengapakah Aril dan keluarganya, termasuk adiknya Farah diganggu? Sedikit demi sedikt, misteri gangguan itu dirungkaikan dengan penuh kejutan dan kejadian ngeri!

Pelakon Musyrik Api Neraka Menantimu

Ariel Zafrel, Ruhainies, Ashraf Muslim, Aishah Ilias, Qaseh Shuhada, Arwan Umar, Neera Azizi

Popular

Teduhan Kasih Full Episode

Lelaki Kiriman Tuhan Full Episode

Bukan Kahwin Paksa Full Episode

Curi-Curi Cinta Full Episode