Kan Cheong (2022) Full Movie

Sinopsis Kan Cheong

Ayu tinggal sendirian di rumah ketika mendengar berita mengenai empat orang pesakit mental yang lari dari hospital. Tiba-tiba, seorang lelaki bernama Aman muncul di luar pintu untuk menghantar barang yang ditempah oleh Nurul. Namun, Ayu memberitahu bahawa tiada Nurul dan Aman mungkin tersalah rumah.

Ketika hujan lebat, Aman meminta tumpang berteduh di rumah Ayu. Namun, Ayu tidak tenang kerana Aman kerap mengganggunya dengan meminta makanan dan merayu supaya diizinkan masuk.

Apabila petir berdentum kuat dan rumah blackout, Ayu lari keluar kerana takut. Namun, melihat sikap tidak stabil Aman, Ayu mengesyaki bahawa dia salah seorang pesakit mental yang terlepas lari.

Apabila Aman memegang pisau atas alasan membantunya memasak, Ayu terlalu ketakutan dan cuba melarikan diri. Kemudian, Saiful muncul di pintu rumah Ayu dan meminta meminjam telefon. Namun, mereka terkejut apabila mendapati wayar telefon telah dipotong dan kucing keluarga Ayu telah dibunuh.

Ayu bersembunyi dan terus berusaha menyelamatkan diri. Namun, siapakah sebenarnya Saiful dan apakah yang terjadi seterusnya?

Pelakon Kan Cheong

Jay Iswazir, Shima Anuar, Nora Danish dan Niezam Zaidi.

Popular

Teduhan Kasih Full Episode

Bukan Kahwin Paksa Full Episode

Akulah Balqis Full Episode

Cik Reen Encik Ngok Ngek Full Episode