Kampung Latah Kena Kuarantin (2021) Full Movie

Sinopsis Kampung Latah Kena Kuarantin

Mengisahkan tentang Kampung Latah Permai, sebuah kampung yang unik dan menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara kerana ia satu-satunya lokasi di dunia yang mempunyai kadar penduduk ‘melatah’ yang ramai. Ajin merupakan ketua pemandu pelancong untuk syarikat Latah Permai Travel & Tours, bersama rakan kongsinya, Jamilah, Eton dan Din. Gelagat mereka sering menceriakan penduduk kampung dan juga pelancong. Dalam pada itu, Ajin menaruh perasaan terhadap Juanita. Tetapi Apoi telah dahulu menghantar rombongan meminang Juanita dengan mengikut adat resam dan budaya melayu, namun pinangan Apoi ditolak.

Apoi bersama konconya Abon dan Anjang melakukan sesuatu kerana tidak berpuas hati. Selang beberapa hari kemudian, Kampung Latah Permai yang ceria, tiba-tiba dilanda sindrom melatah yang tidak terkawal sehingga menimbulkan pelbagai kes merbahaya seperti melatah sehingga koma, melatah sehingga meninggal serta melatah sehingga terbunuh rakan atau pasangan. Keadaan kampung semakin membimbangkan dan menjadi isu besar sehingga Ketua Kampung terpaksa membuat mesyuarat tergempar bersama penduduk bagi mencari jalan penyelasaian. Berbagai teori dan cara menangani pandemik latah telah dibuat sehingga ada yang logik dan ada yang karut.

Pelakon Kampung Latah Kena Kuarantin

Azhan Rani, Nazia Mustafar, Ieda Moin, PS Mansur, Din Latah, Elisya Sandha, Joey Daud, Bell Ngasri, Ropie, Didie Alias, Azlee Senario, Wanns Ahmad, Datuk Awie, AR Badul, Ustaz Syamsul Debat, Riezman Khuzaimi, Roy Azman, Achong Sweet Child, Mak Wan Latah

Popular

Teduhan Kasih Full Episode

Cik Reen Encik Ngok Ngek Full Episode

Bukan Kahwin Paksa Full Episode

Heistdilfitri Full Movie