Syurga Untukmu Full Episode

Sinopsis Syurga Untukmu

Syarikat Radin Holding dimiliki oleh Herman dan isterinya Mulyani. Adi, anak mereka diarahkan untuk mendapatkan tanah milik penduduk Kampung Indah bagi projek pembangunan syarikat. Hanya tanah milik keluarga Jamiliah sahaja yang belum dipersetujui oleh dipindah milik. Jamaliah mengalami lumpuh. Atiqah, anak gadis kepada Jamaliah bekerja sebagai guru tadika. Dia tidak bersetuju memberi kebenaran kerana arwah Haji Ismail (bapanya) berwasiat demikian sebelum meninggal. Bagaimanapun adiknya Intan telah mengambil deposit untuk menjual tanah tersebut dari broker tanah, dia tidak mahu lagi hidup dalam kesusahan. Atiqah memint Intan mengembalikan wang tersebut, ini menyebabkan berlakunya pergaduhan sesama mereka. Pak Din, penghulu kampung memujuk Atiqah supaya bersetuju dengan cadangan tersebut, namun Atiqah bertegas. Pada masa yang sama Hakimi anak kepada Pak Din berminat dengan Atiqah.

Atikah marahkan Adi, Syarikat Radin Holding menyebabkan kesusahan penduduk kampung dan memaksa menjual tanah hak milik mereka. Atikah tidak bersetuju menjual tanah tersebut keranaa ini amanat arwah bapanya. Di KL, Adi mempunyai rakan baik bernama Lestari semenjak dari zaman persekolahan lagi. Mulyani (ibu Adi) rakan baaik kepada Hamidah (ibu Lestari) bercadang menjodohkan Adi dengan Lestari. Bagaimanapun Adi menolaknya. Manakala Pak Din berjumpa dengan Jamaliah untuk melamar Atiqah untuk dijadikan isteri Hakimi. Intan yang mendengarnya berasa cemburu, dia perlu bertindak segera, lalu memberitahu Adi.

Hakimi telah berpakat dengan Eizlan, seorang broker tanah melakukaan kerjaa jahat tersebut. Eizlan mahu mendapatkan jawatan sebagai CEO dalam syarikat Radin Holding milik bapa Adi. Adi masih merahsiakan dirinya anak kepada pemilik syarikat Radin Holding. Adi bercadang rumah Atiqah akan dijadikan pusat CSR. Adi semakin rapat dengan Atiqah, manakala Hakimi mulai cemburu melihat perhubungan mereka. Satu kampung kecoh memperkatakan hubungan Atiqah dengan Adi.

Pelakon Syurga Untukmu

Diana Danielle, Fahrin Ahmad, Yuna Rahim, Ameerul Asyraf, Julia Farhana Marin, Noralbaniah, Fazlina Ahmad Daud, Sefik, Fiza Thomas, Azza Elite, Rahhim Omar, Ummar Dzariff

Drama Syurga Untukmu

Jumlah Episod: 15
Episod Semasa: 15
Hari: Isnin-Khamis, 10:00 malam
Siaran: Slot Samarinda TV3

Tonton Syurga Untukmu

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15

Popular

Teduhan Kasih Full Episode

Nur 2 Full Episode

Cik Reen Encik Ngok Ngek Full Episode

Bukan Kahwin Paksa Full Episode