Jodoh Syaitan (2020) Full Movie

Sinopsis Jodoh Syaitan

Berkisarkan kepada kehidupan Megat, seorang pemuda yang sering menemui kegagalan dalam percintaan. Setiap kali cintanya ditolak, Megat akan memberitahu Mak Timah dan Mak Timah akan menyuruh Megat untuk balik ke kampung. Namun Megat tidak mahu pulang ke kampung kerana katanya, di kampung tiada kerja untuk Megat.

Kali ini, Mak Timah benar-benar menyuruh Megat balik ke kampung dan duduk bersama beliau kerana Mak Timah mempunyai seorang wanita yang dirasakan sesuai sebagai calon isteri Megat.

Mak Timah merasakan Mawar adalah calon paling sesuai kerana Mawar seorang yang cantik dan berbudi bahasa. Cumanya Mak Timah tidak mengetahui asal-usul Mawar kerana Mawar dijumpai oleh Mak Timah semasa dalam perjalanan beliau ke surau di waktu Subuh. Mawar juga tidak ingat bagaimana beliau boleh berada di sekitar kawasan rumah Mak Timah.

Di dalam kampung yang sama, Tok Salleh merupakan seorang bomoh terkenal di situ dan beliau mempunyai dua orang pengikut setia. Awang dan Kulop yang juga kawan Megat di kampung sedang sibuk mencari mayat wanita untuk dipaku. Tujuan mayat dipaku adalah untuk menghidupkan semula mayat tersebut untuk dijadikan isteri kepada Tok Salleh bagi memenuhi hawa nafsunya.

Adakah Megat dan Mawar akan berkahwin? Mengapa Tok Salleh mengarahkan Awang dan Kulop mencari seorang wanita yang didambakan beliau dengan segera? Siapakah Mawar yang sebenar? Siapakah yang berkahwin dengan syaitan? Siapakah SYAITAN yang sebenar?

Pelakon Jodoh Syaitan

Soffi Jikan, Aprena Manrose, Abam Bocey, Jay Iswazir, Kamarool Hj Yusof, Fauziah Nawi, Intan Hazatulnisa Idrus, Siti Sarah Daud, Mazlina Abdul Majid, Nik Suratul Suriana, Mohamad Fathullah Aris, Nadia Farida, Mahussin Dollah, Nor Aisham Izudi Aziz, Muhammad Fitril Hadi

Tonton Jodoh Syaitan

Popular

Teduhan Kasih Full Episode

Lelaki Kiriman Tuhan Full Episode

Bukan Kahwin Paksa Full Episode

Curi-Curi Cinta Full Episode