Suraya (2020) Full Movie

Sinopsis Suraya

Nabila dan Adam adalah pasangan YouTuber terkenal yang menerima 20 ribu `likes` untuk saluran mereka dalam jangka masa singkat. Untuk memastikan populariti mereka kekal dan demi berterima kasih kepada pelanggan mereka, mereka bercadang menerbitkan sebuah siri vlog berjudul "Duet Desa", yang merakam percutian mereka di serata Malaysia sambil meneroka budaya-budaya tradisional.

Bagi episod pertama, Nabila memilih Negeri Sembilan, negeri yang terkenal dengan budaya Minangkabau. Namun, mereka sesat ketika dalam perjalanan ke destinasi akibat hujan lebat yang mengganggu GPS dan rangkaian telekomunikasi mereka. Apabila mereka terjumpa Homestay Abadi, milik seorang wanita cantik bernama Suraya, mereka menetap di situ.

Mereka kemudian menyedari mereka terperangkap di `homestay` itu selepas berlakunya kejadian-kejadian aneh dan pembunuhan bermisteri. Kini mereka perlu mencari jalan keluar sebelum mereka turut menjadi mangsa bunuh pemilik `homestay` yang berbahaya itu.

Pelakon Suraya

Farihin Ufiya, Amir Rahim, Ainul Aishah, Yunadia Mohamed, Azhar Amir

Tonton Suraya

Popular

Teduhan Kasih Full Episode

Lelaki Kiriman Tuhan Full Episode

Rumah Siti Khadijah Full Episode

Bukan Kahwin Paksa Full Episode