M4M4 (2020) Full Movie

Sinopsis M4M4

Kisah bermula pada hari lahir ke-15 Alya yang disambut setiap tahun bersama mamanya, Aini. Setelah kematian suami ketika Alya berusia lapan tahun, Aini berusaha keras setiap hari untuk memberikan kehidupan yang lebih baik untuk untuk anaknya.

Alya mempunyai dua kawan baik iaitu Daniel dan Elly. Mereka bertiga tinggal di kawasan yang sama dan membesar bersama-sama. Pada suatu hari, Alya, mereka diganggu oleh tiga orang lelaki iaitu Apai, Luk dan Remy yang terkenal dengan gaya samseng mereka di kawasan tersebut. Mereka sering menganggu pelajar-pelajar sekolah yang makan di kawasan tersebut, termasuk Alya. Namun, pada hari tersebut kesabaran Alya memuncak apabila Apai dengan beraninya menyentuh Alya. Berlaku pergaduhan di antara Apai, Alya dan Danny sehingga menyebabkan Alya dengan beraninya menyimbah sup panas kepada Apai.

Sewaktu Alya dan Elly sedang menunggu bas, sesuatu menimpa Elly dan dia terpaksa beredar dari situ buat seketika. Semasa Alya menunggu Elly, Apai dan kawan-kawannya muncul bersama motor dan membuat onar di situ. Alya dapat merasakan sesuatu yang tidak kena. Apai dan kawan-kawannya menarik Alya untuk pergi dari situ. Alya dibawa ke sebuah bangunan tinggal dan diperkosa dengan kejamnya. Alya pulang ke rumah dalam keadaan sakit dan cedera.

Aini cuba menyembunyikan emosinya sebagai ibu demi membantu Alya yang masih trauma. Namun, tekanan yang diterima dalam kalangan masyarakat menyebabkan jiwanya sebagai ibu turut terkesan. Melihatkan keadaan Aini, Alya cuba bangkit dan cuba untuk melupakan apa yang sudah terjadi. Dia mahu memulakan segalanya bersama Aini.

Bagaimana Aini sebagai seorang mama menangani kemelut emosinya? Adakah Aini sanggup memaafkan Apai, Luk dan Remy?

Pelakon M4M4

Nabila Huda, Bella Dowanna, Faizal Hussein, Kodi Rasheed, Ungku Hariz, Niezam Zaidi, Izzy Reef, Eyra Hazali, Yusry Abd Halim, Amanda Hariz

Tonton M4M4

Popular

Teduhan Kasih Full Episode

Lelaki Kiriman Tuhan Full Episode

Bukan Kahwin Paksa Full Episode

Rumah Siti Khadijah Full Episode