Anak Perjanjian Syaitan (2019) Full Movie

Sinopsis Anak Perjanjian Syaitan

Mengisahkan tentang Cikgu Zaidy dan isterinya, Azlinda yang sudah tujuh tahun berkahwin, tetapi tidak mempunyai cahayamata. Mereka berdua sentiasa ditekan oleh ibu Cikgu Zaidy iaitu Puan Rahmah seorang janda kaya kematian suami yang terlalu ingin menimang cucu. Cikgu Zaidy selalu didesak supaya berkahwin lain dan Azlinda sentiasa dicemuh oleh ibu mertuanya itu.

Kemudian Cikgu Zaidy memohon untuk berpindah tempat kerja supaya memperoleh ketenangan dan ditempatkan di sebuah kampong di daerah kelahiran arwah bapanya. Mereka tinggal di rumah pusaka nenek Cikgu Zaidy. Rumah pusaka yang terpencil dan menyeramkan itu dijaga oleh tukang kebun, Pak Man dan sudah tidak didiami selama lebih lima tahun.

Sejak berpindah ke rumah tersebut, Azlinda sering menerima gangguan berupa suara bayi dan kanak-kanak bermain yang sering menghantuinya sehingga dia histeria dan pengsan. Apabila dibawa ke klinik, Azlinda telah disahkan hamil oleh doktor.

Bagaimanapun, setelah disahkan hamil, Azlinda masih sering diganggu lagi, mimpi yang aneh dan perutnya yang tiba-tiba membesar secara luar biasa. Sehingga suatu hari semasa diganggu dia berlari keluar dan hampir dilanggar oleh jirannya yang ‘misteri’.

Pelakon Anak Perjanjian Syaitan

Nadzmi Adhwa, Chacha Maembong, Azlan Komeng, Sahronizam, Jasmin Hamid, Mohd Zabri Ibrahim, Roslan Sallen, Attika Suhaimai, Badrul Muhayat

Tonton Anak Perjanjian Syaitan

Popular

Teduhan Kasih Full Episode

Cik Reen Encik Ngok Ngek Full Episode

Bukan Kahwin Paksa Full Episode

Heistdilfitri Full Movie