7 Hari Mencintaiku Full Episode
Sinopsis 7 Hari Mencintaiku Sejak kecil, Mia menganggap dirinya lebih bagus daripada orang lain dan enggan bergaul dengan orang yang tidak setaraf dengannya. Mia seorang yang angkuh dan ego. Apabila dia terpaksa berkahwin dengan Khuzairi yang berasal dari kampung, keegoan Mia telah mencetuskan krisis rumah tangga sehingga hati Khuzairi sudah tertutup buat wanita yang dia amat sayangi itu. Jika hanya diberikan 7 hari untuk menyelamatkan krisis rumah tangga itu, mampukah Mia membuka hati Khuzairi yang sudah dilukainya berkali-kali? Memaparkan kisah Khuzairi yang menikahi Mia dalam keadaan terpaksa apabila tunangnya, Khalil menghilangkan diri pada hari pernikahan. Mia amat sayang dan percayakan Khalil. Tanpa usul periksa dan berbincang dengan ayahnya Datuk Megat Idrus, Mia telah menggunakan wang syarikat sebanyak RM23 juta untuk membantu syarikat Datuk Johari, iaitu ayah kepada Khalil yang sedang dibelenggui masalah kewangan. Mia yakin bahawa Khalil akan memulangkan wang tersebut. Pa