Rava Tosai Full Movie

Sinopsis Rava Tosai

Tiga tahun tanpa zuriat, perkahwinan Ravi dan Preeti tetap bahagia sehinggalah ibu Ravi, Kenchana masuk campur dalam urusan rumah tangga mereka. Kenchana menyuruh Ravi kahwin lain dengan alasan ingin melihat cucu pertama keluarga sebelum dia meninggal dunia.

Ravi dan Preeti kemudian berusaha mendapatkan anak kerana Ravi tidak sanggup berpisah dengan isterinya. Pada masa sama, Preeti turut meminta petua daripada jirannya, Fatimah cara untuk dapatkan zuriat.

Puas Fatimah mengajar Preeti tetapi belum berjaya. Hubungan Fatimah dan Preeti membuatkan Kenchana kecil hati. Kenchana cemburu kerana Preeti lebih rapat dengan Fatimah berbanding dirinya sedangkan dia ibu mentua Preeti.

Kenchana mengadu hal itu kepada Ravi. Ravi menganggap ia hanya perkara kecil menyebabkan Kenchan bertambah kecil hati.

Pelakon Rava Tosai

Kalpana Shree, Ramasundram, Ramesh, Amyza Adnan, Joey Daud

Tonton Rava Tosai

Popular

Nur 2 Full Episode

Curi-Curi Cinta Full Episode

Teduhan Kasih Full Episode

Cik Reen Encik Ngok Ngek Full Episode