Bebaskan Anak Kita Full Movie

Sinopsis Bebaskan Anak Kita

Kisah Rahim, seorang pengawal keselamatan pencen yang mahu membawa cucu-cucunya ke Stadium Merdeka dan berkongsi segala cerita suka duka bangunan Stadium Merdeka kepada mereka dengan harapan generasi itu tidak lupa akan sejarah awal pembangunan Malaysia, malangnya usaha dia mendapat kecaman dari golongan ibu bapa anak-anak itu yang memandang niatnya sebagai remeh dan tidak masuk akal.

Razak malu dengan semangat dan perbuataan ayahnya itu lalu meminta ayahnya tidak meneruskan rancangannya itu. Rahim tetap degil, lama kelamaan, Razak perasaan ayahnya semakin lemah. Akhirnya Razak mendapat tahu, ayahnya sedang bertarung ngan kanser tulang tahap akhir. Rahim meninggal dunia sebelum sempat mencapai impiannya itu.

Razak yang pada mulanya tidak menganggap hari merdeka penting untuk diri, mula meneruskan perjuangan ayahnya yang tidak kesampaian itu. Akhirnya dia berjaya mengumpul ramai orang ke Stadium Merdeka sempena hari merdeka itu. Mulai dari tahun itu, Razak bercita-cita untuk memberitahu generasi baru tentang pentingnya nilai kemerdekaan dan juga Stadium Merdeka itu sendiri.

Pelakon Bebaskan Anak Kita

Dato’ Rahim Razali, Amar Bahrin, Fizz fairuz, Jay Nazif, Ilyas Khan, Shamshul Danish, Idan Aedan, Husna Mustaffa

Tonton Bebaskan Anak Kita

Popular

Teduhan Kasih Full Episode

Lelaki Kiriman Tuhan Full Episode

Bukan Kahwin Paksa Full Episode

Curi-Curi Cinta Full Episode