Uniknya Cinta Full Movie

Sinopsis Uniknya Cinta
Mengisahkan pasangan kekasih yang berbeza latar belakang iaitu Erman anak seorang bekas penjenayah sementara Amelina iaitu anak kepada seorang pegawai polis.Erman dan Amelina merupakan pelajar di sebuah universiti dan titik percintaan di antara dua individu tersebut bermula apabila mereka mengikuti minggu orientasi. Sebelum ini, kedua-duanya tidak bertegur sapa malah saling bersaing di antara satu sama lain, sehinggalah berlaku satu kisah yang sekali gus membibitkan rasa cinta. Amalina tidak mengetahui yang Erman merupakan anak kepada ketua gangster terkenal.