My Coffee Prince Full Episode

Sinopsis My Coffee Prince
Menceritakan kisah Dani, seorang gadis yang sering disalah anggap sebagai lelaki. Dani bekerja keras untuk menampung kehidupan bersama ibunya, Zahara dan adiknya, Ira.Manakala Raikal yang baru pulang dari New York dipaksa kahwin oleh neneknya, Kalthom. Raikal yang cuba mengelak dari kahwin mengupah Dani untuk memperdayakan semua calon pilihan neneknya.
Sementara itu, Puan Seri Kalthom melabur dalam kedai kopi Encik Syukri dan menjadikan Raikal pengurus bersama. Raikal, yang tidak mengetahui Dani sebenarnya seorang gadis, menawarkan pekerjaan kepadanya di kafe yang hanya dikhususkan untuk pekerja lelaki. Dani yang perlu bekerja keras untuk menyara keluarganya menerima tawaran tersebut.
Sejak Dani mula bekerja di kafe itu, Rayqal secara tidak sengaja telah jatuh hati kepada Dani. Perasaan ini menyebabkan Rayqal mula meragui seksualiti dirinya kerana di matanya, Dani adalah seorang lelaki. Sementara itu, Dani juga telah mula menyukai Rayqal, namun tidak mahu mendedahkan bahawa dirinya ialah seorang gadis kerana beliau takut kehilangan pekerjaan.
Identiti sebenar Dani akhirnya terdedah dan akibat daripada penyamaran Dani itu, hubungannya dengan Rayqal terjejas. Bagaimanapun, Rayqal cuba untuk memahami situasi yang memaksa Dani berkelakuan sedemikian dan akhirnya memaafkan Dani. Hubungan mereka tidak bertahan lama apabila Kalthom telah menyebabkan mereka kembali berjauhan
Pelakon My Coffee Prince
Fattah Amin, Janna Nick, Fahrin Ahmad, Diana Danielle, Daiyan Trisha, Sean Lee, Zain Hamid, Syafiq Ahmad, Ellie Suriaty, Isma Daniel, Mohamad Faez Azemi, Sharifah Shahirah, Jasmin Hamid, Ejoy Azari, Roy AzmanDrama My Coffee Prince
Jumlah Episod: 28Episod Semasa: TAMAT
Hari: Isnin-Khamis
Siaran: Astro Ria