Johan dan Zizan mengenakan orang awam dan selebriti dengan pelbagai prank mencuit hati. Akhirnya, orang yang terkena ini akan dijemput untuk meraikan Hari Raya bersama mereka.
Sinopsis Teduhan Kasih Teduhan Kasih mengisahkan tentang pasangan Iffa dan Ryzal yang hangat bercinta dan kemudian membuat keputusan untuk berkahwin, walaupun tidak direstui oleh ibu Ryzal, Puan Suraya. Sejak berkahwin, Iffa dan Ryzal sering bergaduh, adakalanya, wanita itu teruk dipukul oleh suaminya. Kebahagiaan yang diidam oleh Iffa berkecai apabila sahabat baiknya sendiri iaitu Ayu menggoda Ryzal hanya untuk menyakiti Iffa. Ditambah pula, Puan Suraya yang tidak senang melihat perkahwinan mereka sering menabur fitnah terhadap Iffa. Suatu hari, Iffa pergi ke klinik selepas mengalami pening kepala dan mual. Dia disahkan mengandung. Iffa gembira dengan berita tersebut namun diselubungi dengan rasa serba salah apabila mengenang hubungannya dengan Ryzal. Di dalam takut, dia tetap memberanikan diri untuk berkongsi berita berkenaan sambil berharap suaminya akan berubah. Pada waktu Iffa ingin berterus-terang dengan Ryzal, Ayu muncul di rumah mereka. Pengakuan Ryzal tentang hubungannya de
Sinopsis Shh… I Love You Kisah Nadia dan Aidan yang berjumpa pertama kali di kedai dan ingin dijodohkan oleh adik-adiknya. Perkenalan yang singkat membuatkan Aidan nekad untuk menjaga Nadia kerana ada suatu rahsia disebaliknya. Ketika berusia 10 tahun, Nadia telah disahkan menghidap miokarditis atau lebih dikenali sebagai keradangan otot jantung. Namun setelah 5 tahun berlalu, keadaan jantung Nadia semakin merosot apabila jantungnya gagal mengepam darah dan mengalami bengkak yang teruk. Maka, pemindahan jantung adalah satu-satunya cara untuk menyelamatkan Nadia. Sejak itu Nadia hidup dalam keadaan yang menderita kerana keadaan jantungnya dan terpaksa menggunakan jantung mekanikal sehinggalah usinya 18 tahun apabila ada seorang penderma yang sanggup menderma jantungnya kepada Nadia dan jantung penderma itu sesuai dengan Nadia. Syukur Puan Asma dan Encik Omar, ibubapa Nadia kepada penderma itu tetapi nama penderma itu dirahsiakan atas permintaan penderma itu sendiri. Setelah 10 tahu
Sinopsis Bukan Kerana Aku Tak Cinta Bukan Kerana Aku Tak Cinta berkisar tentang Jebat, seoarang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu Cina melalui kehidupan yang sarat dengan sejarah hitam sehingga kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan berhijrah hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya. Sifatnya yang tenang, rajin, baik hati, hormat orang tua telah menarik perhatian Hananah Mastura, adik ipar kepada majikan Jebat, Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh Hannah Mastura, gadis secantik, kaya dan bijak untuk menarik perhatian Jebat, sehingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tetap tidak berputus asa. Namun mampukah rumahtangga yang mereka bina bertahan? Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat merupakan bekas Ketua Kongsi Gelap (Gangster). Pelakon Bukan Kerana Aku Tak Cinta Nelydia Senrose, Sharnaaz Ahmad, Iqram Dinzly, D
Sinopsis Kari Ayam Mama Nia, seorang gadis cantik, sering menarik perhatian lelaki, tetapi dia belum menerima kehadiran teman istimewa dalam hidupnya. Dia sering bergaduh dengan Rash, jiran barunya, tetapi hatinya akhirnya tertarik pada Rash setelah mempelajari masakan kari bersama jirannya yang berbangsa India, Malar. Dengan gabungan resepi kari Melayu dan India hasil air tangan Nia, dia berjaya memikat hati Rash. Namun, tidak diketahui bagaimana pengakhiran kisah cinta mereka. Pelakon Kari Ayam Mama Ranjini Devi, Rahim Razali, Izzue Islam, Amyra Rosli, Eryn Gani, dan Melanie Tan.