Shh… I Love You Full Episode

Sinopsis Shh… I Love You

Kisah Nadia dan Aidan yang berjumpa pertama kali di kedai dan ingin dijodohkan oleh adik-adiknya. Perkenalan yang singkat membuatkan Aidan nekad untuk menjaga Nadia kerana ada suatu rahsia disebaliknya.

Ketika berusia 10 tahun, Nadia telah disahkan menghidap miokarditis atau lebih dikenali sebagai keradangan otot jantung. Namun setelah 5 tahun berlalu, keadaan jantung Nadia semakin merosot apabila jantungnya gagal mengepam darah dan mengalami bengkak yang teruk. Maka, pemindahan jantung adalah satu-satunya cara untuk menyelamatkan Nadia.

Sejak itu Nadia hidup dalam keadaan yang menderita kerana keadaan jantungnya dan terpaksa menggunakan jantung mekanikal sehinggalah usinya 18 tahun apabila ada seorang penderma yang sanggup menderma jantungnya kepada Nadia dan jantung penderma itu sesuai dengan Nadia. Syukur Puan Asma dan Encik Omar, ibubapa Nadia kepada penderma itu tetapi nama penderma itu dirahsiakan atas permintaan penderma itu sendiri.

Setelah 10 tahun berlalu selepas pembedahan itu, Nadia kini sudah boleh menjalani hidupnya seperti biasa walaupun masih kehidupan sehariannya bergantung kepada ubat-ubat hospital.

Nadia kini memiliki jantung bekas tunang Aidan, Sumayyah yang sudah tiada. Dek kerana itu, Aidan mengahwini Nadia tanpa ada perasaan cinta. Kemelut melanda apabila segala rahsia terbongkar. Nadia cuba meraih cinta Aidan. Mampukah rumah tangga mereka bertahan?

Pelakon Shh… I Love You

Gambit Saifullah, Elvina Mohamad, Hafreez Adam, Bella Nazari, Tash Yong, Aien Zahalan, Hani Nazrina, Nafiez Zaidi, Fikhree Bakar, Adeline Tsen, Nafiez Zaidi, Leeza Zain, Kamsani Ismail

Drama Shh… I Love You

Jumlah Episod: 28
Episod Semasa: TAMAT
Hari: Isnin-Khamis
Siaran: Slot Akasia TV3

Tonton Shh… I Love You

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5
Episod 6Episod 7Episod 8Episod 9Episod 10
Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14Episod 15
Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20
Episod 21Episod 22Episod 23Episod 24Episod 25
Episod 26Episod 27Episod 28

Popular

Nur 2 Full Episode

Teduhan Kasih Full Episode

Curi-Curi Cinta Full Episode

Mr London Ms Langkawi Full Episode