Isteri Tuan Ihsan Full Episode

Sinopsis Isteri Tuan Ihsan

Seroja Irdina, gadis remaja membesar di kota. Hidupnya tampak mudah. Siang dia seorang pelajar universiti, malam dia ke kelab malam untuk berhibur bersama teman-teman. Berbusana moden bak artis Hollywood dan bertas tangan berjenama. Bergaya dan dunianya penuh warna-warni. Namun, tidak siapa yang tahu perang di jiwanya.

Tuan Ihsan, si kaya-raya yang terlajak usia. Hidupnya bergelumang dengan kisah lama yang penuh duka. Duka itu akhirnya menjadi kepompong menyaluti diri, menghindar hati untuk jatuh cinta lagi. Dunianya hanya ada warna hitam dan putih. Putih untuk, YA. Hitam untuk, TIDAK. Harta dan kejayaan yang dimiliki, malangnya tidak mampu menafikan jiwanya.

Sekeping wasiat dan satu amanah menjadi titik pertemuan antara dua insan yang berbeza. Tuan Ihsan dipertemukan dengan Seroja Irdina, gadis yang diamanahkan untuk dijaga oleh ibu seroja selepas meninggal dunia. Ibu seroja, Imaninah merupakan bekas gadis istimewa Tuan Ihsan pada masa lalu. Seroja yang hidup sebatang kara memulakan hidup baru di banglo mewah Tuan Ihsan.

Apabila dua dunia bertembung, mampukah si diva sengal semarakkan warna-warni cinta ke atas kanvas hitam dan putih hati si pak cik tua?

Mampukah satu persoalan mudah dijawab si pak cik tua kalau maruah seorang Seroja perlu dibela?

Dan dapatkan Seroja Irdina mendakap jawatan idaman menjadi hak milik kekalnya?

Pelakon Isteri Tuan Ihsan

Aaron Aziz, Amyra Rosli, Harris Baba, Livonia Ricky, Gambit Saifullah, Mardiana Alwi, Qazem Nor, Nazia Mustafar, Awie Sobry, Shah Rezza, Ruzana Ibrahim, Ungku Ismail Aziz, Doria Rachel Jolly, Helvera Susanti, Idan Aedan, Zalfa Zin

Drama Isteri Tuan Ihsan

Jumlah Episod: 20
Episod Semasa: TAMAT
Hari: Isnin-Khamis
Siaran: Astro Ria

Tonton Isteri Tuan Ihsan

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5
Episod 6Episod 7Episod 8Episod 9Episod 10
Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14Episod 15
Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20

Popular

Nur 2 Full Episode

Teduhan Kasih Full Episode

Mr London Ms Langkawi Full Episode

Cik Reen Encik Ngok Ngek Full Episode