Interchange (2016) Full Movie

Sinopsis Interchange

Mengisahkan tentang Adam seorang jurufoto forensik yang telah dibawa oleh rakan baiknya, Detektif Man untuk menyiasat satu siri kes pembunuhan ngeri di sebuah bandar yang penuh dengan rahsia. Kes itu menjadi igauan dan memberi kesan mendalam kepada Adam. Sejak peristiwa itu, Adam mula menyendiri dan menghindari dunia nyata serta sering meluangkan masa mengambil foto dari balkoni apartmennya.

Satu lagi kes pembunuhan berlaku di mana terdapat banyak persamaan dengan kes yang berlaku sebelum ini menjadikan Adam terdesak untuk menyelesaikan misteri tersebut yang dipenuhi dengan darah dan mayat, bulu-bulu yang tidak pernah wujud dan fotograf antik yang berpunca daripada rakaman-rakaman Iva, seorang wanita menawan berasal dari Borneo yang baru sahaja berpindah ke apartmen berhadapan dengan Adam. Iva dalam misi untuk membebaskan jiwa suku kaumnya yang terperangkap dalam plat kaca negatif masa lampau.

Adam mula mendekati Iva, lalu membawanya lebih mendalam mengenai kes yang disiasat hingga akhirnya menemukan seorang lelaki dengan kuasa luar biasa iaitu Belian yang muncul dari tahyul kuno. Tatkala Adam dibawa masuk ke dalam dunia puak asli Iva, Man berjaya mengorek kes pembunuhan yang berlaku dan akhirnya berhadapan dengan pelbagai kejadian mistik, ngeri dan dipenuhi dengan kepercayaan-kepercayaan dahulukala yang kembali hidup.

Pelakon Interchange

Shaheizy Sam, Nicholas Saputra, Iedil Putra, Prisia Nasution, Nadiya NisSa, Alvin Wong, Chew Kin Wah

Tonton Interchange

NOTA: Bagi mengelakkan anda gagal melayari laman web ini bila di BLOCK atau ERROR 404, KLIK SINI.

Popular

Demi Rindumu Full Episode

Split TV Series Full Episode

Cik Reen Encik Ngok Ngek Full Episode

Opsss Terpikat Cik Sombong Full Episode

30 Pesanan Suara Full Episode