Anugerah Industri Muzik (2016)

AIM 22

Anugerah Industri Muzik Ke-22 (AIM22) berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pada hari Ahad, 18 Disember 2016. Majlis anugerah berprestij itu akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) dari pukul 9.00 malam hingga 12.00 malam. Majlis tersebut akan didahului acara ‘Karpet Glamor AIM 22’ yang menampilkan perjalanan artis dan selebriti yang menyusuri karpet merah dari pukul 8.30 malam hingga 9.00 malam sejurus sebelum majlis penyampaian anugerah berlangsung.

Bertemakan 'Kemuncak Segala-Galanya', AIM 22 bakal memperlihatkan barisan artis popular membuat persembahan seperti Datuk Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, SonaOne, Yuna, Hazama, Khalifah, Sufian Suhaimi, Projector Band, Ameng dan Akim & The Majistret. Manakala penghibur terkenal Harith Iskander dan Adibah Noor menggalas tanggungjawab sebagai pengacara Anugerah Industri Muzik ke-22 (AIM22).

Sejumlah 80 nama dalam 16 kategori anugerah telah diumumkan sebagai calon akhir untuk edisi ke-22 itu. Senarai lima calon akhir untuk setiap kategori itu menampilkan gabungan menarik nama-nama besar yang disegani dan juga pendatang baru dalam industri muzik negara dalam pelbagai genre muzik yang diterbitkan.

Tonton AIM 22

Popular

Nur 2 Full Episode

Curi-Curi Cinta Full Episode

Teduhan Kasih Full Episode

Cik Reen Encik Ngok Ngek Full Episode