Inikah Cinta Full Episode

Sinopsis Inikah Cinta

Mengisahkan kehidupan sekumpulan pelajar yang bakal menghargai rasa cinta dan persahabatan. Muammar yang baru melangkah ke alam universiti tidak sabar menjalani kehidupannya sebagai mahasiswa. Dalam masa yang sama, dia juga tidak sabar mendaftarkan diri untuk Kelab Fotografi kerana dia baru sahaja membeli kamera DSLR kesayangannya.

Muammar jatuh hati kepada pengerusi Kelab Fotografi yang baru dilantik, Rose Adeline. Dalam beberapa tugasan yang diberikan, Muammar sentiasa cuba mencuri hati Rose namun perasaannya tidak pernah dilayan. Rose sebenarnya terlalu fokus untuk menghasilkan sebuah formula baharu untuk mencipta minyak wangi yang memerlukan pelbagai ekstrak spesis bunga.

Muammar yang sentiasa mencari peluang untuk mendekati Rose. Mereka sering bertemu di perpustakaan kerana di situ, Rose sering membuat kajian mengenai bunga. Suatu hari, Muammar menyatakan perasaan cintanya kepada Rose. Rose merasakan Muammar mungkin ingin mempermainkannya. Namun bagi memastikan niat Muammar, Rose memberikan cabaran bagi mendapatkan pelbagai spesis bunga yang diperlukannya. Kini Muammar berhadapan dengan cabaran dengan janjinya mendapatkan bunga-bunga yang sukar ditemuinya.

Manakala Rose juga rasa terhimpit kerana ibunya, Dr Dahlia berusaha menukarkan pengajian Rose ke Dublin. Sementara Muammar berusaha melunaskan janjinya, Rose juga mula berfikir sama ada dia mampu mencintai Muammar atau hanya mempergunakan kebaikan lelaki itu.

Adakah cita-cita Rose menghasilkan minyak wangi tercapai? Mungkinkah Rose mampu mencintai Muammar? Adakah Muammar sanggup melakukan apa sahaja untuk Rose?

Pelakon Inikah Cinta

Niezam Zaidi, Farah Nabila, Aweera, Fizz Fairuz, Syainie Aida, Zee Zainal, Jasmin Hamid, Kazar Saisi, Acap, Fatin Amyrah, Aznah Hamid, Syazliana Shuhaimi

Drama Inikah Cinta

Jumlah Episod: 14
Episod Semasa: TAMAT
Hari: Jumaat-Ahad
Siaran: Slot Dahlia TV3

Tonton Inikah Cinta

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5
Episod 6Episod 7Episod 8Episod 9Episod 10
Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14

Popular

Teduhan Kasih Full Episode

Lelaki Kiriman Tuhan Full Episode

Bukan Kahwin Paksa Full Episode

Rumah Siti Khadijah Full Episode