Cinta 100kg Full Episode

Sinopsis Cinta 100kg

Mengisahkan dua sahabat yang bergelut dalam misi pencarian cinta sejati mereka. Wati dan Dian merupakan dua wanita yang kurang dari segi paras rupa mereka. Wati yang berperwatakan seperti tomboi merasakan dirinya kurang menarik dari pandangan lelaki. Manakala sahabatnya Dian pula, mempunyai masalah berat badan yang serius. Ini membuat Dian sentiasa berasa tidak yakin dengan dirinya berbanding dengan perempuan-perempuan yang jauh lebih cantik darinya.

Setelah Wati berpisah dengan teman lelakinya, Faliq, Wati mula bersenam di gym sebagai hobinya. Di gym itu, Wati berkenalan dengan pemilik gym yang kacak bernama Shahril. Bermula hari itu, Wati semakin obses dengan Shahril. Hampir setiap hari, Wati menceritakan tentang Shahril kepada Dian sehingga menyebabkan Dian muak dengan obsesi Wati kepada Shahril.

Namun, pada waktu yang sama, Dian sedang berhadapan dengan krisis bersama teman lelakinya, Khairul yang berkerja sebagai juruterbang. Hal ini kerana, Dian sentiasa cemburu dengan rakan-rakan peramugari Khairul yang jauh lebih cantik darinya.

Krisis Dian memuncak apabila Rozie, seorang peramugari didapati sedang mengenali Khairul. Tambahan lagi, Khairul seperti semakin tertarik dengan Rozie kerana Rozie pandai memasak. Ini membuatkan Dian berasa tercabar dan lebih cemburu. Demi membantu Dian, rakan karib Dian dan Wati, Tina mencadangkan agar Dian menipu Khairul bahawa dia juga pandai memasak dengan mengaku kuih yang dibuat oleh Tina adalah hasil tangannya.

Walaupun Dian tidak menyukai Rozie pada mulanya, tetapi lambat-laun dia merasakan bahawa sebenarnya Rozie adalah seorang wanita yang baik dan mereka berdua pun menjadi rapat. Persahabatan baru antara Dian dan Rozie itu telah membuat Wati berasa cemburu dan dia juga mempersoalkan motif sebenar Dian berkawan dengan Rozie. Namun, apa yang tidak disedari Dian adalah, Rozie sebenarnya mempunyai niat untuk mengkhianat Dian.

Adakah persahabatan antara Dian dan Wati tercabar? Bagaimanakah Wati menyelamatkan Dian dari khianat Rozie? Adakah cinta buat Wati dan Dian?

Pelakon Cinta 100kg

Sherry Alhadad, Sharifah Amani, Fezrul Khan, Ungku Hariz, Ruzana Ibrahim, Cristina Suzanne, Zain Saidan, Safia Hanifah, Bront Palarea, Amran Ismail, Amyza Aznan

Drama Cinta 100kg

Jumlah Episod: 20
Episod Semasa: TAMAT
Hari: Jumaat-Ahad
Siaran: Slot Dahlia TV3

Tonton Cinta 100kg

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5
Episod 6Episod 7Episod 8Episod 9Episod 10
Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14Episod 15
Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20

Popular

Teduhan Kasih Full Episode

Lelaki Kiriman Tuhan Full Episode

Rumah Siti Khadijah Full Episode

Bukan Kahwin Paksa Full Episode