Bodyguard Full Episode

Sinopsis Bodyguard

Mengisahkan lima orang jejaka Fariz, Rayyan, Daniel, Rahul dan Basri yang bekerja di bawah agensi pengawal peribadi milik Natasha. Pelbagai cabaran terpaksa dihadapi oleh mereka sewaktu menjadi bodyguard.

Setiap seorang daripada mereka mempunyai kemahiran yang berbeza-beza. Faris ialah seorang pakar penembak. Azrel Ismail sebagai pakar taktik peperangan. Rahul dan Basri pula pakar dalam kombat dan medik. Manakala Daniel pakar perunding dan dalam bidang teknologi.

Namun dalam melaksanakan tugas dan misi yang berisiko, lima orang pengawal ini bukan sahaja bakal bergelut dengan risiko profesion mereka tetapi juga konflik kehidupan peribadi mereka tersendiri. Malah soal cinta juga turut menjadi sebahagian daripada kisah ini apabila Natasha terperangkap dengan cinta segitiga bersama Fariz dan Rayyan.

Fariz menjalin hubungan cinta dengan majikan mereka tanpa pengetahuan rakan lain. Dalam diam, Rayyan turut menyukai Natasha. Rayyan meminta bantuan Fariz untuk menambat hati majikannya itu dan bermulalah konflik antara mereka. Pun begitu, tugas sebagai pengawal keselamatan tetap berjalan seperti biasa apabila agensi itu menerima banyak permintaan pelanggan.

Setiap pelanggan datang dengan pelbagai masalah. Ia menjadikan tugas mereka lebih mencabar dari semasa ke semasa. Dalam satu kejadian, Rahul meninggal dunia akibat terkena tembakan. Tempatnya digantikan dengan Basri.

Apakah risiko yang bakal mereka hadapi? Bagaimanakah lima jejaka ini bakal menyempurnakan tugas mereka?

Pelakon Bodyguard

Fattah Amin, Azrel Ismail, Lan Siro, Idris Khan, Sabhi Saddi, Faradhiya, Elya Miera, Datuk Hattan, Adiba Yunus, Erry Putra, Nafiez Zaidi, Wan Sharmila, Atiqa Farhana, Fauziah Nawi, Riz Amin, Ammar Alfian, Hafizul Kamal

Drama Bodyguard

Jumlah Episod: 20
Episod Semasa: TAMAT
Hari: Isnin-Rabu
Siaran: Slot Aksi TV3

Tonton Bodyguard

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5
Episod 6Episod 7Episod 8Episod 9Episod 10
Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14Episod 15
Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20

Popular

Teduhan Kasih Full Episode

Lelaki Kiriman Tuhan Full Episode

Bukan Kahwin Paksa Full Episode

Curi-Curi Cinta Full Episode