Suamiku Jururawat Isteriku Doktor Full Episode

Sinopsis Suamiku Jururawat Isteriku Doktor
Drama ini berkisar mengenai Mikhail yang dibesarkan oleh ayahnya yang bekerja sebagai pemandu kepada Datuk Shahrizal. Ibu Mikhail meninggal dunia dalam kemalangan ketika menghadiri temuduga untuk menjadi seorang jururawat. Sejak itu, ayah Mikhail menanam harapan agar Mikhail menjadi seorang jururawat. Dan kini, Mikhail hampir mencapai cita-cita itu apabila belajar di sebuah kolej kejururawatan.Hidup Mikhail berubah apabila ayahnya maut selepas cuba menyelamatkan Datuk Shahrizal daripada kes samun. Datuk Shahrizal yang rasa terhutang budi, terus menyuruh Mikhail berpindah ke rumahnya. Bagaimanapun, kedatangan Mikhail di dalam rumah itu menyebabkan isteri Datuk Shahrizal, iaitu Datin Ila berasa tidak selesa.
Buat sementara waktu, Mikhail hidup dengan selesa di rumah itu. Sehinggalah Dr. Suriati pulang ke tanahair untuk menyambung tugasnya di sebuah hospital swasta. Dipengaruhi oleh ibunya, Dr. Suriati juga tidak suka dengan kehadiran Mikhail.
Datuk Shahrizal akhirnya masuk campur dan mahu anak perempuannya itu berkahwin dengan Mikhail. Sungguhpun tidak bersetuju, Dr. Suriati tidak berani mengingkari kehendak ayahnya, lebih-lebih lagi, Datuk Shahrizal jatuh sakit teruk selepas itu.
Atas ketegasan ayahnya, Dr. Suriati pun akhirnya melangsungkan perkahwinan dengan Mikhail. Namun begitu, Dr. Suriati dan Mikhail bersetuju untuk merahsiakan status mereka di khalayak ramai.
Dr. Suriati dan Mikhail akhirnya ditakdirkan bertugas di hospital yang sama. Di situ, Dr. Suriati bertemu semula dengan kawan lamanya, Dr. Fitri, yang pernah menyimpan perasaan terhadapnya. Begitu juga dengan Mikhail yang menemui Timor yang turut menjalani latihan praktikal di hospital yang sama. Bagaikan sengaja mahu menimbulkan rasa cemburu masing-masing, Dr. Suriati dan Mikhail berlumba-lumba mendampingi teman lama mereka.
Keadaan ini menyebabkan banyak konflik berlaku, lebih-lebih lagi, apabila Dr. Fitri semakin jatuh hati kepada Dr. Suriati. Begitu juga dengan kemunculan Timor yang bermatian-matian cuba merebut cinta Mikhail.
Pelakon Suamiku Jururawat Isteriku Doktor
Tomok, Yana Samsudin, Shima Anuar, Sheera Iskandar, Mustafa Kamal, Angeline Tan, Fadlan Hazim, Fezrul Khan, Sheera Iskandar, Margaret GanDrama Suamiku Jururawat Isteriku Doktor
Jumlah Episod: 13Episod Semasa: TAMAT
Hari: Sabtu
Siaran: TV3
Tonton Suamiku Jururawat Isteriku Doktor
Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 |
Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 |
Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 |