Rindu Bertamu Di Abu Dhabi Full Episode

Sinopsis Rindu Bertamu Di Abu Dhabi

Mengisahkan tentang Firdaus yang telah membawa diri ke bumi asing di Abu Dhabi akibat sebuah fitnah ke atasnya. Kejadian tersebut bukan sahaja menghancurkan kepercayaan Haji Ilham terhadap anaknya, Firdaus malah juga memisahkan dua hati yang bakal disatukan. Firdaus terpaksa memutuskan talian pertunangan dengan Fatin dan meninggalkan keluarganya.

Kini, Firdaus mempunyai sebuah kerjaya yang boleh dibanggakan di kota Abu Dhabi sebagai seorang jurutera kanan. Selama 5 tahun, Firdaus hidup tenang di sisi isterinya, Ain Farohah dan bakal menerima cahaya mata pertama tetapi hatinya sering terusik dengan kenangan silam. Ain pula menyimpan rahsia tentang kandungannya kerana tidak mahu mengecewakan Firdaus dan sanggup mengambil risiko untuk melahirkan anak mereka.

Penyatuan antara Firdaus dan Ain bermula dengan sebuah fitnah yang dirancangkan oleh Faiz yang tidak pernah berpuas hati dengan abang angkatnya dimana Firdaus lebih disayangi oleh Haji Ilham dan Hajah Kirana. Hakikatnya Firdaus hanyalah bayi terbiar yang dijumpai oleh Haji Ilham dan Hajah Kirana yang inginkan anak selepas beberapa tahun berkahwin. Kebaikan dan kecerdikan Firdaus telah menjadi anak emas dan harapan kepada Haji Ilham sehinggalah kes khalwat yang telah memusnahkan segala-galanya.

Firdaus dan Ain terjerat dengan rancangan Faiz dimana mereka berdua telah ditangkap khalwat dengan keadaan tidak sedar diri dalam bilik. Lantaran itu, Haji Ilham telah menghalau Firdaus keluar dari rumahnya dan tidak membenarkan sesiapa pun mengungkit tentangnya. Ibu Ain pula meninggal dunia akibat tekanan kes khalwat itu. Ain telah hilang tempat bergantung manakala adiknya, Mira menyalahkannya atas segala yang berlaku. Firdaus berasa dia patut bertanggungjawab atas Ain. Oleh itu, Firdaus dengan berat hatinya memutuskan tali pertunangan dengan Fatin.

Firdaus telah menikahi Ain Farohah dalam keadaan yang amat sederhana. Semuanya diatur secara senyap-senyap oleh Hajah Kirana yang percaya dan yakin anaknya tidak bersalah. Acara pernikahan Firdaus dan Ain hanya disaksikan oleh Hajah Kirana dan adik bongsunya, Fareez.

Walaupun sudah 5 tahun, nama Firdaus masih menjadi larangan dalam keluarga Haji Ilham. Hajah Kirana dan neneknya, Mak Piah tidak dapat menahan rindu terhadap Firdaus. Mereka hanya menaruh harapan bahawa satu hari nanti hati Haji Ilham akan lembut dan menerima semula Firdaus.

Faiz pula berasa puas hati dengan keadaan sekarang kerana kehadiran Firdaus dalam keluarganya akan menggugat kedudukannya sebagai waris yang patut mengambil alih syarikat Haji Ilham. Bagi Faiz, Firdaus hanyalah anak pungut yang menumpang kasih sayang daripada ibu bapanya. Faiz yang hanya tahu berjoli dan menghabiskan duit bersama teman wanitanya, Fifi memulakan rancangannya untuk menguasai perniagaan Haji Ilham.

Apabila Mak Piah jatuh sakit dan keadaannya semakin tenat, Fareez telah bertolak ke Abu Dhabi untuk menjejaki abangnya bagi memenuhi hasrat neneknya yang mahu berjumpa dengan Firdaus sebelum meninggal dunia. Firdaus terkejut dengan kemunculan Fareez tetapi ego telah mengatasi segalanya dan Firdaus masih belum bersedia untuk pulang ke Malaysia.

Haji Ilham pula menetapkan syarat bahawa Faiz perlu berumah tangga dahulu sebelum syarikat itu diserahkan sepenuhnya kepada Faiz. Sementara ketiadaan Firdaus, Fatin merupakan orang yang amat dipercayai oleh Haji Ilham dalam urusan hal ehwal syarikat itu.

Apakah kebenaran akan terbongkar dan Firdaus diterima semula oleh Haji Ilham? Bagaimana pula dengan takdir yang tertulis untuk Firdaus, Ain dan Fatin?

Pelakon Rindu Bertamu Di Abu Dhabi

Fahrin Ahmad, Dato’ Rahim Razali, Tasha Shila, Fouziah Gous, Shahrizal Jaszle, Aiman Hakim Ridza, Lidyawati, Syatila Melvin, Kismah Johar, Elyssa Murni, Abdul Rahman Suud

Drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi

Jumlah Episod: 29
Episod Semasa: TAMAT
Hari: Isnin-Khamis
Siaran: Slot Akasia TV3

Tonton Rindu Bertamu Di Abu Dhabi

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5
Episod 6Episod 7Episod 8Episod 9Episod 10
Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14Episod 15
Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20
Episod 21Episod 22Episod 23Episod 24Episod 25
Episod 26Episod 27Episod 28Episod 29

Popular

Teduhan Kasih Full Episode

Lelaki Kiriman Tuhan Full Episode

Rumah Siti Khadijah Full Episode

Bukan Kahwin Paksa Full Episode