Jauh Dari Cinta Full Episode

Sinopsis Jauh Dari Cinta

Nysa dan Farish merupakan adik dan abang angkat ketika belajar di universiti. Cinta Nysa pernah ditolak Farish. Bagi Farish pula, dia cuba menidakkan saat bahagia di samping Nysa. Ini semua kerana cintanya pada Sara Lilyana.

Namun, mereka disatukan atas ikatan yang ditentukan orang tua mereka. Sukar untuk Nysa menerima Farish. Dia tidak mahu melalui rasa sakit bila cintanya ditolak. Akan tetapi, layanan Farish yang mesra di awal pertunangan membuatkan Nysa berubah fikiran.

Kesibukan Farish dan keputusan menundakan perkahwinan mereka membuatkan Nysa merasakan Farish masih memerlukan masa untuk menjadi ketua keluarga. Dia memohon pada Farish supaya tidak hadir pada majlis nikah nanti. Namun,mereka tetap disatukan.

Sakitnya hati Nysa bila Farish membuat pengakuan yang dia menganggap Nysa hanya sebagai adiknya sahaja. Nysa tetap cuba membahagiakan Farish dengan mencari wanita yang Farish sayang iaitu Lily. Nysa terpaksa melepaskan Farish pada Lily.

Walaupun Nysa mahu satukan Lily dan Farish, sebenarnya dalam hati Farish hanya ada Nysa seorang. Lily telah lama dilupakan. Farish yang bengang dengan keputusan Nysa, mahu Nysa yang menguruskan perkahwinannya dengan Lily. Apakah berlaku seterusnya?

Pelakon Jauh Dari Cinta

Hafizul Kamal, Anzalna Nasir, Aman Nassim, Shera Aiyob, Nas-T, Laila Nasir

Drama Jauh Dari Cinta

Jumlah Episod: 28
Episod Semasa: TAMAT
Hari: Isnin-Khamis
Siaran: Astro Prima

Tonton Jauh Dari Cinta

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5
Episod 6Episod 7Episod 8Episod 9Episod 10
Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14Episod 15
Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20
Episod 21Episod 22Episod 23Episod 24Episod 25
Episod 26Episod 27Episod 28

Popular

Teduhan Kasih Full Episode

Lelaki Kiriman Tuhan Full Episode

Rumah Siti Khadijah Full Episode

Bukan Kahwin Paksa Full Episode