Duri Full Episode

Sinopsis Duri

Ia mengisahkan kekuatan di jiwa Nur Amalsufi yang ditinggalkan oleh kekasihnya, Hazim Fikri. Kekentalan jiwanya bertukar sakit hati yang parah di mana bagaikan ada duri yang sentiasa mencucuk-cucuk sekeping hatinya. Sufi sentiasa berada dalam kesakitan selagi 'dendam' tidak terlunas. Dendam apabila bukan sahaja ditinggalkan oleh Hazim tetapi Durrah iaitu ibu Hazim telah menjadi punca ibunya koma sehingga menemui ajal.

Bermula kisah yang tragis itu, dan apabila peluang terhidang di hadapan mata, dia tidak pernah menoleh ke belakang lagi. Adiknya Nur Adamnuri yang terpisah sejak kecil kerana dibela oleh ibu tiri mereka rupanya sedang asyik mahsyuk bercinta dengan Muzhaffar Zaman iaitu abang kepada bekas kekasihnya.

Suatu hari, Nuri melarikan diri daripada majlis perkahwinan yang dirancang dan diketahui oleh umum demi mengejar cita-citanya di luar negara.

Fathurrahman buntu dan berasa malu dengan sikap anak bongsunya, meminta pertolongan Sufi untuk menjadi pengantin kepada Muzhaffar. Sufi dengan rela hati bersetuju demi melunaskan dendamnya terhadap Durrah. Sufi merancang untuk menyakiti perasaan Durrah dan akan berpisah dengan Muzhaffar sebelum Nuri pulang ke tanah air.

Perancangan demi perancangannya sememangnya semakin mudah apabila Muzhaffar meninggalkannya untuk mencari Nuri setelah beberapa hari mereka bernikah. Ketiadaan Muzhaffar membolekannya bekerja dengan bapa merntuanya, Hasif. Kelicikan Sufi menyebabkan bapa mentuanya jatuh cinta padanya. Durrah pula lumpuh dan hanya berkerusi roda. Mahalh tanpa disengajakannya, Hasif dan Durrah juga bercerai talak tiga.

Namun, Sufi masih tidak puas. Dia merancang untuk punya anak pula dengan Muzhaffar demi adanya keturunan keluarga Durrah dari warisan keluarganya yang dihina oleh Durrah dahulu. Kepulangan Muzhaffar tanpa Nuri buat hati Sufi menjadi nakal. Dia cuba goda suaminya dalam diam hingga Muzhaffar jatuh cinta padanya. Muzhaffar yang berasa keseorangan dan kian jauh dari Nuri mudah terpesona. Muzhaffar mula membandingkan dua beradik itu dan lama-kelamaan hatinya pula terpikat dengan Sufi.

Keadaan menjadi genting apabila Sufi disahkan hamil dan dalam masa yang sama Nuri pulang ke tanah air untuk memiliki semula kekasih hatinya, Muzhaffar. Muzhaffar serba-salah dan Sufi juga serba tak kena kerana dia sayangkan adiknya, Nuri. Hazim pula mula mengambil dadah untuk melupakan Sufi. Dalam waktu sama, bibit-bibit cintanya terhadap suaminya mula tercipta tanpa sedar.

Akhirnya Nuri ketahui hal sebenar tentang sufi dan Muzaffar. Nuri sangat marah dan kecewa. Kematian nenek membuatkan Sufi sedar dendam yang disimpannya perlu dibayar dengan harga yang tinggi-kehilangan orang yang dia sayang.

Pelakon Duri

Shera Ayob, Afiq Muiz, Izzue Islam, Sharifah Sakinah, Marisa Yasmin, Hafizuddin

Drama Duri

Jumlah Episod: 15
Episod Semasa: TAMAT
Hari: Isnin-Khamis
Siaran: Astro Prima

Tonton Duri

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5
Episod 6Episod 7Episod 8Episod 9Episod 10
Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14Episod 15

Popular

Teduhan Kasih Full Episode

Bukan Kahwin Paksa Full Episode

Cik Reen Encik Ngok Ngek Full Episode

Setia Hujung Nyawa Full Episode