Asmara Luna Full Episode

Sinopsis Asmara Luna

Kisah bermula ketika sambutan ulangtahun hari jadi ke-21 seorang gadis bernama Luna, anak tunggal pasangan Ahmad dan Zaharah. Ibu dan bapa Luna sepakat menghadiahkan sebuah kereta buat anak gadis mereka. Luna sangat teruja dan berterima kasih kerana akhirnya memiliki kereta sendiri yang juga menjadi simbol dewasa dan kebebasan.

Hari jadi Luna menjadi lebih bermakna apabila rakan baiknya, Emma membelikan kek yang istimewa. Malah, abang Emma iaitu Habib turut mengirimkan hadiah teddy bear (sama seperti saban tahun). Luna menyimpan perasaan terhadap Habib tetapi Habib lebih senang memanggil Luna sebagai adik, maka Luna hanya meluahkan isi hatinya di dalam diari “Dear Luna”. Semasa majlis yang ringkas itu, Luna juga menyatakan harapan yang dia sebenarnya teringin hendak bertemu dengan ibu kandungnya walau untuk sedetik.

Sejak mempunyai kereta, kini lebih mudah untuk Luna bergerak ke mana-mana termasuklah untuk mencari kerja. Selepas beberapa sesi temu ramah, Luna akhirnya berjaya mendapatkan kerja di sebuah syarikat kejuruteraan sebagai eksekutif. Kehadiran Luna menarik perhatian beberapa orang pekerja di sana termasuklah Adam dan rakan-rakannya. Mereka siap bertaruh siapa yang akan berjaya untuk mengajak Luna keluar. Adam rasa tercabar apabila Luna menolak pelawaannya. Adam berjanji akan berusaha sehingga dapat apa yang dia inginkan.

Setelah mencuba pelbagai cara, akhirnya Luna bersetuju untuk keluar bersama Adam. Tambahan pula, Luna merasakan Habib masih bersikap sama. Walaupun Habib tidak pernah menyatakan cinta terhadap Luna namun lelaki itu sememangnya juga menaruh harapan terhadap Luna. Habib berasa kecewa bila mendapat tahu gadis idamannya itu rupanya sudah meminati orang lain. Pada waktu yang sama, Luna benar-benar menyenangi karakter Adam yang suka berjenaka dan sentiasa tahu membuat Luna tergelak.

Namun, hubungan mesra ini tidak berpanjangan apabila tersebar pula niat sebenar Adam memikat Luna kerana pertaruhan. Kini, Luna terpaksa memikirkan cara untuk menjauhi Adam. Bagi membuktikan bahawa dia benar-benar ikhlas terhadap Luna, Adam mengajak Luna bertemu dengan keluarganya. Atas dasar persahabatan, akhirnya Luna bersetuju. Ibu dan bapa Adam sangat menyenangi Luna kerana gadis itu berbudi bahasa dan pandai mengambil hati mereka. Bahkan, mereka tidak sabar untuk bertemu dengan keluarga Luna.

Pelakon Asmara Luna

Siti Saleha, Shukri Yahaya, Aidil Aziz, Sofea Jane, Miera Liyana

Drama Asmara Luna

Jumlah Episod: 13
Episod Semasa: TAMAT
Hari: Selasa-Khamis
Siaran: Slot Samarinda TV3

Tonton Asmara Luna

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5
Episod 6Episod 7Episod 8Episod 9Episod 10
Episod 11Episod 12Episod 13

Popular

Teduhan Kasih Full Episode

Lelaki Kiriman Tuhan Full Episode

Bukan Kahwin Paksa Full Episode

Rumah Siti Khadijah Full Episode