Playboy Itu Suami Aku Full Episode

Sinopsis Playboy Itu Suami Aku

Playboy Itu Suami Aku mengisahkan Afina Aulia, seorang gadis lemah lembut dan sopan santun ditemukan jodoh dengan Raja Adrian Benjamin, seorang playboy. Afina mempunyai seorang adik kembar tidak seiras, Afisya Aulia ataupun Fisya yang suka bersosial dan merupakan salah seorang teman wanita kepada Adrian.Dia juga seorang playgirl dan Adrian merupakan salah seorang dari teman lelaki Fisya.

Pada awal perkenalan mereka, Afina disimbah dengan air lopak apabila Adrian membawa kereta mewahnya dengan laju. Adrian bukan sahaja tidak minta maaf malah dia tidak sekalipun memperlahankan keretanya. Raja Adrian Benjamin ataupun nama 'manjanya' yang diberikan oleh Afina iaitu ‘King’ (King of Crocodile) sering membuatkan Afina panas hati.

Suatu hari, Afina dan Syaf menghantar tempahan bunga untuk digubah di rumah Puan Sri Zahidabersempena dengan majlis hari jadi cucunya. Puan Sri Zahida tertarik dengan penampilan Afina yang sopan dan tidak meninggalkan solat, maka dia membuat keputusan mengejut untuk mengahwinkan Adrian dan Afina. Macam-macam kutukan dilemparkan oleh Adrian kepada Afina, Afina berasa amat malu dan segera minta diri.

Puan Sri bertegas bahawa Adrian tetap akan berkahwin dengan Afina walaupun apa yang terjadi kerana dia yakin Afina bakal menjadi seorang isteri yang solehah dan jauh lebih bagus daripada teman-teman wanitanya. Bapanya juga meletakkan syarat yang Adrian perlu berkahwin dengan Afina jika dia mahu menjadi CEO kepada syarikat mereka, Kiara Emas.

Akhirnya Afina dan Adrian berkahwin kerana masing-masing mempunyai agenda sendiri. Selepas kahwin, Afina cuba menawan hati suaminya tetapi Adrian tetap dengan sikap kaki perempuannya. Malah, Adrian membuat pengakuan di hadapan Afina bahawa dia tidak ingin mengahwini Afina tetapi dia terpaksa mengikut kehendak ibu bapanya kerana mahu menjadi CEO syarikat. Adrian juga berkata dia tidak akan jatuh cinta dengan perempuan seperti Afina. Walaupun dibenci oleh Adrian, Afina bertekad untuk memikat hati Adrian dan menjadi isteri yang taat. Oleh kerana cintanya tidak diterima oleh Adrian, Afina telah menulis isi hatinya dan disimpankan dalam botol sebelum ditanam di sebuah tempat rahsia.Afina juga telah berubah penampilan dari seorang gadis nerd menjadi seorang gadis yang amat cantik.

Fisya menyimpan dendam terhadap Afina kerana berkahwin dengan teman lelakinya yang juga merupakan jejaka idaman dalam kalangan wanita. Fisya semakin tidak puas hati apabila Afina masih menjadi isteri yang sah dan kelihatan bahagia. Maka, Fisya telah menggoda Nazri dan memintanya melakukan sesuatu jika ingin memilikinya. Nazri hanya menuruti apa yang disuruh oleh Fisya.

Afina terlibat dalam sebuah kemalangan dan koma. Selepas dia sedar, dia hilang ingatan dan menjadi penghidap amnesia. Afina menjadi bingung kenapa dia boleh berkahwin dengan seorang playboy. Adrian pula mengingatkannya tentang janji mereka bahawa mereka akan terus menyamar sebagai pasangan yang bahagia di hadapan ibu bapanya sehingga Adrian dilantik sebagai CEO. Fisya pula meninggalkan Malaysia untuk menyambung pelajaran di luar negara.

Selepas sedar dari koma, Afina berubah menjadi seorang yang lebih kasar dan berani melawan. Afina tidak lagi bersabar dengan karenah Adrian dan permintaan yang bukan-bukan daripadanya. Malah, Afina juga menuntut cerai. Mereka kerap kali bertegang urat dan saling membuli hingga memutikkan bunga-bunga cinta di taman hati masing-masing. Di saat Adrian bersedia membuka pintu hatinya dan mula mencintai Afina, Afina telah meninggalkan Adrian tanpa pesanan.Fisya pula yang sudah pulang ke Malaysia merancang untuk merampas Adrian dari Afina. Dia mengugut Afina jika dia tidak meninggalkan Adrian, Adrian akan dibunuh.

Akhirnya, Afina membawa diri ke Seoul dan tinggal bersama Syaf yang melanjutkan pelajaran disana. Akhirnya kejahatan Fisya terbongkar. Adrian berjumpa dengan Afina dengan bantuan Syaf.Adrian menceritakan segalanya termasuklah Fisya yang meninggal akibat dilanggar oleh Nazri akibat tidak menunaikan janjinya. Afina dan Adrian akhirnya hidup bahagia selamanya.

Pelakon Playboy Itu Suami Aku

Fattah Amin, Risteena Munim, Chacha Maembong, Putri Najuwa, Wan Sharmila, Ayang Abbas, Nor Albaniah Raffie, Khairil Anwar, Dilla Ahmad, Ben Amir.

Drama Playboy Itu Suami Aku

Jumlah Episod: 28
Episod Semasa: TAMAT
Hari: Isnin-Khamis
Siaran: Slot Akasia TV3

Tonton Playboy Itu Suami Aku

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20
Episod 21 Episod 22 Episod 23 Episod 24 Episod 25
Episod 26 Episod 27 Episod 28

Popular

Bukan Kahwin Paksa Full Episode

Teduhan Kasih Full Episode

Wadi Full Episode

Senafas Rindu Full Episode