Cinta Si Wedding Planner Full Episode

Sinopsis Cinta Si Wedding Planner

Mengisahkan tentang Zara yang merupakan seorang perancang perkahwinan. Dia telah bercinta selama 4 tahun dengan sepupunya bernama Bazli. Namun percintaan yang diharapkan ke jinjang pelamin, musnah bila berlakunya suatu insiden. Kisah cinta yang cuba mereka rahsiakan dari pengetahuan Pak Lang dan Mak Lang, berakhir jua akhirnya.

Seorang pelanggan Zara yang bernama Puan Marina begitu menyenangi sikapnya. Biarpun mempunyai empat orang anak, Puan Marina tetap mahu menjadikan Zara sebagai anak angkat memandangkan Zara hidup sendirian di Kuala Lumpur.

Suatu hari Zara berebut parkir dengan seorang lelaki. Lelaki itu bernama Fariz dan merupakan seorang bekas tentera laut. Pintu hati Fariz pernah tertutup untuk wanita setelah dikhianati oleh kekasih hatinya bernama Shirah. Namun pertemuan dengan Zara kembali membuka pintu hati Fariz.

Rupanya Fariz adalah anak kepada Puan Marina. Semakin kerap bertemu, Fariz semakin jatuh hati pada Zara. Bila Fariz mendapat tahun bahawa Zara juga kecewa dalam percintaan dan asyik diganggu dengan Bazli, Fariz nekad menjadikan Zara isterinya. Puan Marina terus bersetuju meminang Zara. Biarpun hatinya belum mencintai Fariz, Zara tetap menerima pinangan tersebut.

Selepas berkahwin, Fariz terus berubah sikap, dari seornag lelaki yang baran dan moody menjadi romantik dan penyayang. Manakala Zara pula berusaha menjadi seorang isteri yang terbaik buat Fariz. Bila bahagia mula menjadi milik mereka berdua, muncul pula bekas kekasih Fariz untuk menagih cinta. Zara diugut untuk meninggalkan Fariz.

Perkahwinan mereka mula bermasalah. Fariz kembali baran dan sering mengabaikan Zara. Misi Fariz untuk menyelamatkan perkahwinannya bersama Zara tidak berhasil. Zara meminta cerai dan membawa diri ke Aukland.

Bazli cuba membantu untuk membawa Fariz dan Zara bersama kembali tetapi dugaan yang lebih hebat pula berlaku. Obsesi bekas kekasih Fariz terhadapnya membuatkan keadaan menjadi diluar kawalan sehinggakan nyawa Zara dan kandungannya berada dalam bahaya.

Apa akan terjadi selepas itu? Berjayakan Fariz menyelamatkan rumahtangganya bersama Zara? Dapatkah kebahagiaan kembali menjadi milik bersama?

Pelakon Cinta Si Wedding Planner

Mira Filzah, Adi Putra, Fadlan Hazim, Ikhlas Jalil, Rosnah Johari, Idris Mat Diah, Mitilda, Airis Yasmin, Dian P Ramlee, Shiqin Kamal, Elvina, Hanif Safuan, Azzam Zamani, Aisyah, Wan Sharmila, Ir’s Mikhail, Diyana Fauzii.

Drama Cinta Si Wedding Planner

Jumlah Episod: 28
Episod Semasa: TAMAT
Hari: Isnin-Khamis
Siaran: Slot Akasia TV3

Tonton Cinta Si Wedding Planner

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20
Episod 21 Episod 22 Episod 23 Episod 24 Episod 25
Episod 26 Episod 27 Episod 28

Popular

Nur 2 Full Episode

Teduhan Kasih Full Episode

Curi-Curi Cinta Full Episode

Cik Reen Encik Ngok Ngek Full Episode